Saturday, May 24, 2008

Haram jadah!

Maaf, sudah lama tidak menulis.Boikot dunia blog sebentar.

Lewat petang tadi. Ketika aku baru hendak lelapkan mata. Tiba-tiba telefon bimbit aku bergetar. Dengan nada malas, aku tekan punat buka kotak mesej. Oh si Rocker, (bukan nama sebentar). Aku rasa curiga dan baca mesejnya.

"Dude, ada masalah besar. Ini membabitkan konflik identiti dan pegangan hidup. Ini membabitkan hidup dan yang mati. Yang penting mengenai kau!

"Berderau darah aku. Apa pulak kali ini.

Aku panggil dia "si Rocker"kerana dia hanya tahu Rock, hanya rock.

Dari rock and roll, klasik rock, punk rock, indie rock, stoner rock...semuanya dalam kepala mamat ni. Kadang kadang seronok aku melayannya, tapi selalunya meletihkan.

Mungkin sebab dia suka melalut bila bercakap. Macam si Morrisson bila kena rasuk hantu "syamannya", atau si Ginsberg buat puisi.

Hari tu dia nyaris buat aku sakit jantung bila dia mahu bertikam seorang teman aku apabila hujahnya mengenai Rolling Stones jauh lebih "cool" dari The Beatles ditentang.

Hari sebelumnya, dia berjaya memeningkan aku dengan evolusi rock kangkang melayu dan efek rock kangkang melayu terhadap ekonomi negara.

Anyway, dia reply lagi, "Aku tau kau suka maki-maki orang, but please do it with style, dude. Aku dapat add request dari kau, bila aku approve, kau maki aku macam orang kampung. That's not you!

"Aku tersentak. Berlari terus ke komputer riba. Bukak internet, bukak Yahoo Messenger. Bukak MSN Messenger.Bukak skype dan bukak baju. Sebab cuaca panas harini.

Sah, imposter sial kembali

..........................................................................................................................................................

2 comments:

Anonymous said...

bodoh jek!

..pelangimerahjambu.. said...

sape ka imposter itu?
jeng3x