Ada berapa kali dalam hidup aku, berlaku peristiwa yang buat jantung aku berdegup kencang seperti baru lepas berlari pecut 100 meter (walaupun aku lari tak lah laju mana). hanya beberapa kali itu lah aku rasa hidup aku ini seperti, ada impak. Kalau menonton filem, ada klimaksnya, bukan begitu?
Yang masih aku ingat, waktu sekolah rendah. Waktu itu aku rasa semangat mahu dapat nombor satu memang sangat menebal. Mahu jadi yang paling pandai. Pada waktu itu, siapa yang dapat nombor satu bagi setiap aliran, fotonya akan ditampal di papan kenyataan. Lengkap dengan biodata! Dulu buku biodata di kalangan pelajar sekolah sangat popular, tapi itu cerita lain. Muka aku tak pernah pun tertampal di papan kenyataan itu, tapi masa darjah tiga nama aku tertampal besar-besar di situ! Sebab masa tu aku lulus PTS (Penilaian Tahap Satu). Kalau kamu semua tak tahu atau tak ingat, dulu peperiksaan ini diadakan untuk menilai IQ murid-murid. Yang mana lulus ujian tu, dapat lah skip satu darjah, terus pergi darjah lima.
Masa aku lihat nama aku tertera di papan kenyataan tu, rasa macam nak tercabut jantung! Hidung kembang kuncup, buruk betul! Masa tu di sekolah aku hanya 8 orang yang lulus ujian tu. Bila naik darjah lima, semua besar kepala, semua nak tunjuk pandai. Tapi aku tak lama.Aku masuk darjah 4 balik sebab nak sama kan dengan Abg aku.Okay!Berbalik pada cerita aku td.Bila waktu kesihatan, disuruh pergi bergabung dengan kelas yang satu lagi, tak mahu! Alasannya sebab 'tak ngam'. lalu kami berkurung dalam bilik stor. Aku,Lokman, Haziq,Faiq. Berbual entah apa-apa. Budak perempuan semua tak ada, pergi main netball. Tiba-tiba pintu stor kena ketuk. Cikgu dah datang, siap bawak kayu pokok mana entah yang dia rembat. Di situ juga semua kena rembat. Masing-masing dalam hati kata "taubat tak mahu buat lagi". Terpaksa, pergi juga ke kelas yang "tak ngam" tu. Bila sampai, terus disambut dengan senyuman-senyuman menyindir.
Lepas rehat hari tu, kelas "tak ngam" tu gempar. Beg mereka semua penuh daun kering.
Tuesday, June 23, 2009
Monday, June 22, 2009
Tentang PDA (Public Display of Affection)
Bertemu kembali dalam Edisi-edisi Andy. Ceh konon macam Zakiah Anas. -__-" Kali ini aku mahu cakap tentang PDA atau Public Display of Affection. Contoh-contoh PDA ialah bercium atau berpeluk di tempat awam, ataupun perbuatan menarik tali bra atau coli(bahasa mak-mak). Mungkin tidak. Berpegangan tangan tidak dikira sebagai PDA kerana pegang tangan hanya menyentuh beberapa cm2 kulit sahaja. ha-ha ketawalah.1. Sakit Mata
Tak tahulah kenapa kalau aku nampak pasangan yang melakukan PDA ni nanti mata aku automatik jadi gatal atau juling-juling air. Mungkin kerana tak sanggup melihat pemandangan yang kurang menyenangkan tersebut. Apatah lagi disulami dengan adegan suap-menyuap makanan sambil penyuap memandang sekeliling. Yela kak, romantiklah tu.
2. Murah
Perbuatan menunjuk-nunjuk kemesraan dan perasaan kasih sayang secara berlebih-lebihan ini sangatlah tidak patut bagi pasangan-pasangan tidak kira sudah berkahwin atau tidak, tua ataupun muda. Lebih-lebih lagi melibatkan sentuhan-sentuhn yang tidak patut di dalam bas, LRT, stesen bas, lif, tangga bergerak,tepi tandas, dan sebagainya. Tak class. Satu ayat untuk mereka; go get a fkin room. Tapi aku suka tengok pasangan berumur pegang tangan.fucking sweet!!
3. Kantoi
Persoalan yang selalu bermain dalam fikiran aku bila tengok perlakuan begini ialah "diorang ni tak takut kantoi ke?". Bayangkan sedang seronok-seronok tiba-tiba kena sergah dengan ayah. Ish ish. Tanpa PDA mungkin anda boleh cover mengatakan pasangan anda cuma kawan. haha.
4. Menyusahkan
Berpeluk baik punya ketat tengah-tengah jalan. Jalan pula selangkah seminit. Kan menyusahkan orang tu. Dalam kereta dekat trafik light tak menyempat nak comolot (eh geli betul guna perkataan ni), sampai lampu hijau pun tak perasan. Kalau aku bawa kereta kebal dah lama aku langgar lenyek saja. Tak pun aku turun piat-piat telinga diorang.Cute bukan??Kalau ya pun berhenti la kat tepi jalan kan?Dah tuh main sekali.
Yang paling tak tahan bila jumpa ex-boyfriend/girlfriend dan bila mereka nampak kamu terus mereka berpeluk-peluk dengan sengaja kononnya nak buat kamu cemburu. Oh tolonglah move on.
Sekian.
Sunday, June 21, 2009
Mama
Ketika mama sibuk myediakan makanan di dapur aku menghulurkan sekeping kertas yg ditulis sesuatu.Mama segera mengesat tangan di apron,meyambut kertas yg aku hulurkan tadi.
Kos upah membantu MAMA:
Tolong pergi kedai : RM5.00
Tolong jaga rumah: RM 2.00
Tolong buang sampah: RM1.00
Tolong kemas bilik : RM 2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah :Rm3.00
JUMLAH : RM 15.00
Selesai membaca,mama tersenyum dan memikirkan sesuatu.aku tahu yg mama akan mbalas surat tu.
Kos mgandung selama 9 bln : PERCUMA
Kos bjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
Kos airmata yg menitis keranamu : PERCUMA
Kos kerungsingan dan kebimbangan memikirkanmu :PERCUMA
Kos myediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu : PERCUMA
JUMLAH SEGALA KASIH SYG MAMA : PERCUMA
Airmata aku berlinang setelah membaca apa yg ditulis oleh mama td. Aku menatap wajah mama ,terus memeluk dan berkata "andy sayangkan mama". Kemudian aku membalas tulisan mama td "TELAH DIBAYAR".
Tiba-tiba aku teringat zaman sekolah dulu.Ustaz Zack (zakariah) selalu cakap."Andy kau kalau dah kahwin jgn sesekali tinggalkan mak kau, budak macam kau ni bukan boleh percaya,tgk muka dah tahu takut bini". wtf!!? Aku takut bini?? Aku langsung tak mbalas apa yg ustaz cakapkn td.
Ustaz teruskn bercerita dulu ade seorang hamba Allah bertemu Rasulallah S.A.W dan bertanya "wahai Rasulallah, siapakah yg paling berhak dapat layanan yg baik dari ku?" Rasulallah menjawab, "Ibu mu ( dan diulang sebanyak 3kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara - saudara terdekatmu". So kita kena sayang mama kita lebih dr yg lainnya! okay??

Subscribe to:
Posts (Atom)