Sunday, May 11, 2008

Dikotomi Sedih/Gumbira.

Seperti biasa; aku sedang kusut.

Dua hari dua malam tak banyak yang aku capai. Lebih banyak buang masa dari buat sesuatu.

""Mak tengah cik sut ke?" tanya dua orang perempuan yang menyerbu menggangu aku yang sedang meniarap menaip atas tilam empuk milik L, yang aku jadikan sebagai alas merehatkan tubuh badan on daily basis.

Aku hanya angguk kepala, layan ritma perbualan. Kadang-kadang buat tak paham.Apa-apa pun aku tak kisah. Mereka adalah rakan-rakan aku, and I take them seriously. No matter how comical.

" Andy okayyyy," jawab aku sinis. Mengilai mereka ketawa. Tergedik mereka kacau aku. Tarik rambut aku. Tanya aku sedang tulis apa. Beritahu ada rakannya minat blog aku."Biasalah tu," aku jawab dengan kadar stoic, "apa yang nak dipelikkan sangat?"Memang ramai yang minat blog aku, aku akui. Tapi tak ramai yang minat aku. Aku pergi mana-mana tak ramai yang kenal aku. Aku bukan artis atau pelakon. Ingat senang nak capai tahap sebegitu?

Macam aku kata, aku sedang kusut. Muka aku tak ceria. Aku ada banyak masalah yang perlu aku hadapi atau abaikan.

*****

Ada orang cakap, aku selalu duduk bercakap seorang diri.

OK, dua orang cakap begitu.

Yang pertama dalam datang dalam bentuk soalan."Apsal kau suka membebel sorang-sorang haa?

"Yang kedua dalam bentuk ejekan. Impersonation. Dia lakonkan semula babak-babak aku bercakap seorang diri.

"Ish mana ada!" aku membela diri."

Ada!" jawab mereka secara kolektif.

"Bukan cakap seorang lah," aku jawab, "just thinking out loud!

"Aku banyak bercakap seorang lately. Thinking out loud. Ketawa sorang-sorang. Ketawa menyedapkan hati. Lucretius mentertawa kematian, itu hampir aku. Ke Epicurus? Entah aku dah tidak peduli. Dewa-dewa purba boleh pergi mampus. Aku hanya gunakan nama-nama mereka untuk menyebarkan sedikit pengetahuan. Bukan nak kata aku cerdik, sekurang-kurangnya ada orang akan tekan lagi satu tingkap, buka Wikipedia.

Malam kelmarin dalam kereta yang sedang dimamah usia, graviti dan inertia, ada sedikit perbincangan mengenai impian dan harapan.

Dia tanya aku:

"Dude, kau mahukan impian atau harapan?

"Impian, jawab aku.

Beberapa minggu lepas, aku sangat mahukan malapetaka. Hidup aku sudah sampai tahap ennui peringkat paling atas sehingga aku kadang-kadang akan baring sambil memandang ke luar, ke arah langit yang terdedah luas. Kadang-kadang berbintang, kadang-kadang kosong. Nihilisme memenuhi halwa telinga. Neurosis menjelma dari cermin dinding. Anarki, pada ketika itu, hanya wujud ketika aku seorang diri di dalam bilik kecik aku, memandang ke arah langit yang tak mahu jatuh.

Aku harapkan sangat catastrophe. Kadang-kadang aku bayangkan pesawat kecil terbang laju meluru ke arah bilik aku. Aku mahu kehancuran. Aku mahukan huru-hara. Huru-hara aku berintelektual. Bukan huru-hara Hindraf. Tapi aku tidak mahu mati. Jadi dalam impian aku, kehancuran pada banglo aku hanya akan membunuh kebosanan. Bukannya membunuh aku.

Aku cakap mahukan impian, sebab sekarang aku tidak menyimpan apa-apa harapan. Semuanya berkecai. Aku mahu menjadi seorang pemimpi hingga akhir, mustahil aku boleh jadi seorang realis.

Di rear view mirror kereta yang sedang dimamah usia, graviti dan inertia, aku ternampak kelibat hidung aku menjadi panjang sejengkal.

Macam si patung kayu Pinnochio, bila bercakap bohong.

Sheesh.

10 comments:

Anonymous said...

relax la.kau nak tension apa ni?kau macam putus cinta pulak da.aku suka blog kau,

Anonymous said...

Aku cakap mahukan impian, sebab sekarang aku tidak menyimpan apa-apa harapan. Semuanya berkecai. Aku mahu menjadi seorang pemimpi hingga akhir, mustahil aku boleh jadi seorang realis.

Apaan mas??

Anonymous said...

lepak la nd.np nk sdih2.ati tisu la ko ni!

Anonymous said...

hurm...jgn la tensen cmni...wndu kamu

Anonymous said...

hahaha!!ko ni kedi gilew!ko ada problem apa?ko taip lar betul2.luahkan suma.ni tersirat2 aku tak paham!

Anonymous said...

penat baca!

Anonymous said...

misz u!

ANDY said...

miz u too!!!

Anonymous said...

saye da dpt lesen p!!!hahah

ANDY said...

bguslaaa..