Tuesday, May 27, 2008

Alasan Demi Alasan.

Hari ini hari pengakuan, dude.

Buat kali yang keberapa ratus ribu juta alasan-alasan ini aku pakai, ia masih tidak luntur. Mungkin sebab ia sangat senang disebut, seperti menekan butang remote control kalau mahu menonton televisyen.

(Dan aku masih lagi pakai alasan ini sampai saat ini.)

"Minta maaflah, aku sibuk sekarang. Lain kali sahaja ya?

"Atau.

"Tak sempatlah. tak cukup masa.

"Ataupun ini.

"Maaflah, saya tadak masa untuk...." (sila masukkan ayat-ayat bersesuaian bersama statement ini.)

Kenapa ya?

Er, Aku rasa lain kali aku perlu berfikir sebelum bercakap.

Dan cari alasan baru, mungkin.

Oh! bercakap tentang masa.

Dulu, masa aku kecik-kecik. Kawan aku si rebel budak sekolah, pernah berjenaka mengenai masa. Katanya,

"Hoi! Kau tahu tak, masa itu 'emas' kan? Jadi, mari lah kita curi masa dan gadai. Konform dapat duit banyak. Boleh kaya tau!

"Aku mengekeh-negekeh ketawa.

Fast forward, sekarang.

Bila aku ingat balik, aku mulai rasa yang jenaka itu dah tak melucukan. Sebab secara realitinya, aku memang tak punya cukup masa untuk apa-apa pun, sekarang. Hanya ada untuk benda-benda penting dalam hidup, tak lagi boleh berpeleseran atau bermalasan macam satu zaman dahulu. Dan masa itu masih lagi berputar laju, dan kini ia lebih laju. Ia tak berhenti berputar hingga aku jadi obselete, untuk tidak berguna lagi. Untuk mati.

Dan aku rasa, masa bukan kawan aku, dia adalah musuh utama aku.

Oh ya!
Blog ini tidak akan dikemaskini pada bulan ini. Aku perlu berkhalwat dengan diri sendiri. Aku perlu fokus, aku mahu jadi Pemuda Harapan Bangsa.

Ah, pipitlah.
Kesihatan aku macam haram.
Pelacur minda! Jumpa lagi kalau umur panjang.

Mungkin bulan depan or tahun depan. kalau mahu ajak aku keluar bercanda, teks ataupun telefon.

Ta ! ;)

2 comments:

Anonymous said...

get well soon k cyg;
luv u!muahz!muahz!

ANDY said...

thnks manja