Sunday, September 7, 2008
Autobiografi: Rose (Bahagian Dua...dan terakhir)
Schweeeet.
We were happy, but that didn't last long.
Seminggu kemudian, aku terima sepucuk surat yang dihulurkan oleh seorang rakan Rose di kantin. Aku balik ke kelas, aku baca. Rose sedih. Surat Rose dipenuhi pertanyaan.
Kenapa aku sombong tiba-tiba. Kenapa aku tak nak jumpa Rose lagi. Kenapa aku tak nak jalan lagi dengan Rose sewaktu pulang.
Kesimpulan surat: Kenapa sekelip mata aku berubah.
It took me two days to reply that letter. Aku tulis dengan panjang lebar, dalam Bahasa Inggeris. I explained to her why. I was pressured to concentrate on my studies. That I had family problems at home. That I must succeed, being my family's last boy. Etc, etc.
Dua helai kertas buku latihan.
Aku tandatangan, bersama P/S: Punks not dead.
Aku balas surat Rose dengan nada sedih. I mean, I had to. It was all a fucking lie.
Except the P/S.
The truth hurts. Sometimes, a boy's gotta do what a boy's gotta do. He gotta lie.
Sebenarnya, aku tak nak jumpa Rose lagi sebab perhubungan kami dihalang oleh masyarakat. Masyarakat persekitaran. Terutamanya rakan-rakan aku. Mereka kutuk aku sepenuh hati. Okey, sebenarnya bukan kutuk aku, tapi kutuk Rose.
Bentuk fizikal Rose yang leper.
Mereka panggil aku "penyedut tetek." Dan mereka ketawa ramai-ramai.
Fucking assholes.
Dunia ni kejam bukan?
Pagi yang membosankan.
Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita.
jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah,
jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan…
Carilah mata air yang suci lagi murni…
walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.
Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?
Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap.
Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.
Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan.
Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan.
LOVE YOU NUR NABILLAH IBRAHIM.
Friday, September 5, 2008
Sedih bila merasakan klimaks.
Kau memang pantang dengan perkataan klimaks.
Dude, aku rasa hari-hari aku kian pelik. Setiap kali aku terdengar suara hatiku yang kadangkala tersekat-sekat akibat kesedihan itu.
Hari-hari pelik, seperti berada dalam mimpi ngeri filem-filem break-up cinta dari neraka. Kau mahu bangun dari semua yang membelenggu, tapi tak boleh kerana hanya itu yang kau ada buat masa ini.
Dan aku, sememangnya adalah pencelaka yang menyerap dan menghirup segala duka-duka dan perit-perit.
Atau, ini hanya salah satu peringkat transisi diri, sekali lagi.
Mungkin ini adalah musimnya.
Seperti mula dan akhir.
Nihilistik dan Orthodox.
Duka dan nestapa.
Hanya dua musim disini.
Aku faham, semua itu.
Dan, aku kian bodoh meyusun ayat mengenai semua yang menghurung.
Tapi biarkan aku luah sedikit kebenaran sebelum aku jahit mulut dan diam selamanya.
Aku rasa, kau orang faham. Dan aku harap, dia juga akan faham.
Anyway,
Sudah lama aku tidak menulis secara serius.
Sudah lama entri aku dinodai karangan berbentuk diari. Dasar jantan melankoli.
Baik.
Dari dulu aku hairan kenapa labah-labah itu dipanggil labah-labah.
Sedangkan kata ganda selalunya diguna untuk melambangkan satu objek dalam kuantiti yang banyak.
Tadi, aku selak-selak Wikipedia.
Seorang ahli biologi dari East Carolina University menjumpai satu spesis labah-labah baru. Tanpa berfikir panjang dan di atas dasar kebebasan memberi apa-apa nama untuk penemuan spesis baru, dia mengambil nama seorang rockstar dan penulis lagu terkenal Neil Young untuk labah-labah tersebut.

Spesis baru itu diberi nama Myrmekiaphila neilyoungi.
Mujur Jason Bond bukan orang Melayu.
Myrmekiaphila asmawianii.
Siapa nak jawab?
Thursday, September 4, 2008
Autobiografi: Rose (Bahagian Satu).
Sebelum 1999, aku seorang misoginis. Aku benci perempuan. Pada aku, mereka hanya beban yang akan merosakkan akhlak aku. They'll cramp my style. They'll suck the soul within me. Aku membesar di kalangan perempuan pembengis dan pembuli: dua orang kakak-kakak aku. I knew what they're up to. Bila mereka berbual, tiada apa yang menarik keluar dari mulut. To me, girls were just a bunch of Philistines. They lacked culture and understanding. Aku tengok buah dada, aku muntah.
Disgusting.
And true enough. Salah seorang perempuan dalam kelas darjah empat aku curi eraser gambar negara-negara antarabangsa aku. Dah curi, tak nak mengaku.
What a bitch.
Kawan-kawan yang sibuk bercerita tentang perempuan akan aku perlekehkan. Dumbasses with no taste. Kawan-kawan yang ada teman akan aku hina dan ketawakan. Tiada ruang dalam hati aku untuk seorang konsep bernama "budak perempuan."
Bila perempuan datang minta aku coret apa-apa kenangan dalam buku-buku autograf penuh bunga-bungaan dan kartun Garfield atau Tweety, aku biasanya menolak. That was so beyond me. Bila dipaksa juga, aku akan coretkan kata-kata hikmah yang mengemudi kehidupan remaja berakhlak tinggi aku ketika itu.
"Punks not dead!"
Kemudian aku baca dan ketawakan apa yang orang lain tulis. "Abang doakan kejayaan adik." What a buncha losers.
In short, I hated girls. With all of my heart and soul.
Tapi semua itu berubah.
Dunia fantasi aku berubah dengan drastik. Sebelum itu fantasi aku dipenuhi perempuan-perempuan paling pandai di sekolah, tapi mereka cuma jadi hamba aku. Hamba basuhkan kasut, hamba buatkan homework, hamba itu ini. Lepas '99, mereka semua jadi ratu dalam fantasi aku. Tidak kira pandai atau bodoh.
Hence, I started spending a lot of time in the bathroom.
Macam aku kata, semua itu berubah dalam tahun 1999, aku mula suka pada perempuan.
Jadi nama dia Rose.
Ya, nama dia memang Rose!
Aku pindah sekolah. Dengan perpindahan ini, datang juga perubahan dalam silabus pembelajaran.
Jadi di sekolah baru, aku belajar satu benda. Girls actually respect you!
Well, only one girl actually. Nama dia Rose.
Ya, nama dia memang Rose!
Okay, here we go. Perkhemahan tahunan pengakap. Rose salah seorang perempuan yang uruskan hal-ehwal masakan untuk seluruh warga kem. They were a bunch of them, I don't remember their names. Ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Sikh. Mana aku nak ingat nama-nama mereka.
Kecuali Rose. Aku tak pernah lupa nama dia.
Ya, nama dia memang Rose!
Jadi satu tengahari lepas berkawad aku pergi ke tempat mereka sediakan makanan. Aku harus uruskan sesuatu yang penting: Hal pemakanan aku.
"Korang nak masak apa?" aku tanya kumpulan masakan.
Mereka tak segera jawab. Aku sedar siapa aku, hanya pengakap baru yang tiada pangkat. Pengakap cabuk. Jika aku pakai lencana Pengakap Di Raja, pasti semua mereka melompat mahu jawab.
Materialistic bitches.
Kecuali Rose. Rose pandang aku atas bawah. Atau dalam istilah pengakap, utara selatan. Dia tahu aku pelajar baru. New kid on the block. Aku juga pandang Rose. Dari pandangan mata seekor burung sesat yang menjenguk ke bawah. Rambut Rose diikat kemas, muka Rose bebas jerawat, dada Rose yang leper.
Bagus, fikir hati aku, tak perlu muntah.
Oh, juga ada sikit bau bawang putih. Bawang putih Rose.
Rose jawab lembut: "Ayam goreng kicap dengan sayur kobis."
"Kenapa ya?" Rose tanya dengan penuh minat bila tengok kehampaan pada muka aku.
"Aku tak makan ayam dengan nasik," aku jawab.
Mereka semua pusing kepala, pandang aku. One of them laughed. Minah jerawat. "Kau agama apa?" dia tanya. Yang lain sambut dengan ketawa.
Aku tak jawab.
Rose bangun dari bersila dengan pisau pada tangan kanannya. She was actually taller than me. Skinny, tall, flat-chested. With a knife in one hand. Olive Oyl, fikir hati aku sambil cuba tahan ketawa. Awek Popeye.
"Kenapa kau tak makan ayam?" Rose tanya sambil senyum.
"Bukan tak makan," aku jawab, "saya tak makan ayam dengan nasik."
"Pelik kau ni," Rose kata, "sekejap aku sekejap saya. Tak makan ayam dengan nasik pulak tu."
Mmm. Kali pertama budak perempuan panggil aku, err, saya pelik. I waited many years for that. Aku senyum.
"Kalau ayam goreng?" Rose tanya.
"Makan," aku jawab, "tapi ratah je lah. Tak makan dengan nasik."
"Nanti aku asingkan seketul," Rose kata, "aku goreng je. Untuk kau."
Aku senyum.
Aku hanya berdiri tegak, tersengih. I felt something in me, moving fast. Perasaan yang sungguh enak. I thought of the only woman in the world who would do such a thing, just for me.
My mother.
Tatkala itu, aku tahu hati aku sudah mula cair. Girl, shower me with your love.