Wednesday, December 17, 2008

okay?

Menggelengkan kepala sambil berkata: I’m okay.

Kadang-kadang agak susah untuk imaginasi dalam blog ini.

Sebab ramai yang kenal aku. Tahu asal-usul aku. Faham konsep teologi aku. Faham konsep hidup aku. Pernah membahagiakan aku.

Aku seboleh-bolehnya tak mau ada kamu yang kenal aku. Cukup kalau kamu kenal tulisan aku.

Biarlah kamu sedapkan kepala kamu dengan kamu membayangkan aku berwajah abang Craig ke, atau Takuya Kimura, atau Fahrin Ahmad ke, atau Ketua Khairat dan Kematian Masjid, kawasan perumahan kamu. I really don't bother. Tapi aku lupa, aku punya tagged yang memang ruangan untuk kongsi bahan, gambar-gambar (photoshop berwajah flawless tak ingat dengan angle-angle yang menampakkan kamu semua comel) dan update sama rakan-rakan yang kita kenal.

Di sini, kamu tahu asal-usul aku. Faham konspe teologi aku. Faham konsep hidup aku. Pernah membahagiakan aku.

Di alam nyata, aku rasa, aku semakin susah nak berkongsi masalah, atau perancangan, atau penaklukan, sama ada dengan kawan mahupun lawan. Susah. Paling kuat pun, aku buat lawak. Dalam kepala susah pun, aku buat lawak. Hati skinny kena tikam pun, aku cuba buat lawak. Lawak bodoh atau tak, yang pasti aku tak ketawa. Aku hanya buat-buat ketawa.

Letih jadi peramah. Selalu dicap busy body, penyibuk, irritating, berlagak bagus. Penat. Kena selalu fikir hati orang, perasaan orang, mentaliti orang. Dalam sakit, aku gagahkan juga jadi peramah. Tapi akan cuba untuk tidak kongsi masalah. Mereka sudah ada masalah sendiri, apa guna aku tambah masalah aku.

Letih jadi peramah. Penat.

There's a point in life where you get tired of chasing everyone and try to fix everything, kan?

Mereka kata aku ini their lover, soul mate, hunny bunny, super best friend, mahupun abang kesayangan mereka..

Tapi mana mereka sekarang?

Didn't they say that aku ini their lover, soul mate, hunny bunny, super best friend, mahupun abang kesayangan mereka?

Letih. Penat.

But hey, it's not giving up.

It's just realizing you don't need certain people and the bullshit they bring.

Manusia tetap manusia. Tahan macam mana pun, masih perlu juga aku luahkan.

Menggelengkan kepala sambil berkata, "I'm okay, I'm just tired. Letih dan penat."

Friday, December 5, 2008

Games

Are you man enough to fight with me?

Hi, aku kembali. Miss me? Currently di Iraq, bercinta dengan diri sendiri. Kata orang bijak pandai, bermuhasabah diri. Bertapa. Berkelana.

Anyway, dulu masa zaman remaja.

Dia seorang penagih.

Bukan penagih itulah. Penagih ini. Penagih video game.

Dia paling high dengan permainan video Street Fighter II. Itulah estacy dia.

Sebab permainan video Street Fighter banyak skill yang boleh dicuba. Itu permainan anak muda yang sukakan keganasan. Sesuai dengan dia ketika itu, punk. Anarki. Rebel.

Dia boleh dikategorikan sebagai handal. Kerana kalau dia masukkan duit untuk bermain, ada sahaja orang yang cuba nasib untuk kalahkannya.. mencabarnya, tapi tak berjaya. Kadang-kadang sampai beratur orang menunggu untuk berentap dengannya. Dengan hanya bermodalkan 20sen, berjam-jam lah lamanya dia di situ.


Dulu kalau dia main, dia suka pakai karekter yang bernama Guile, mamat mata light blue dengan rambut flattop dan buat kuasa Sonic Boom serta tendangan ala lipat menghala langit.


Atau, karekter bernama Ryu dan Ken, kerana boleh buat kuasa Abugitt!! dan tendangan helikopter.

Dan kerana obsesinya terhadap permainan video 20sen itu macam-macam kisah dia harungi.

1. kena cekup dengan pihak polis tempatan (sebab bawah umur).

2. kantoi dengan cikgu dan bapa sebab ponteng sekolah

3. sanggup menipu minta duit lebih semata-mata nak dengar perkataan 'You win, perfect!'

4. bergaduh, bertumbuk dan dalam pada masa yang sama sempat membuat 'tiger uppercut' kepada budak yang berdekah-dekah ketawa kerana berjaya mengalahkannya.

5. hampir pecahkan skrin video kerana terlalu bengang akibat kalah.Itulah diantaranya. Kalau dikira, banyak lagi. Biasalah dude, kalau nak hebat, kena tempuh banyak halangan. Kata pejuang virtual!

Kini, waktu zaman belia (belia ok, belum tua).

Baru nak warm balik kat Playstation 2, dah kene titik dengan anak buah yang berumur 5 tahun itu.

"Konek lah, konek!" teriak aku."Say what..?" dia tanya."Er, oh it is a gentleman's word, for winning.

'Terus dia lari satu rumah sambil menjerit perkataan konek sambil membuat tarian kemenangannya.

Well, er.. at least he did learn a new word, kan?