Sunday, April 27, 2008

Notis Tuntutan.

Aku semakin percaya yang aku seorang yang hebat. Dan orang yang masuk ke sini atas sentimen kebencian semata-mata untuk mengutuk aku adalah sebenarnya orang yang, ehm, for the lack of better word, bengap.

Petang semalam aku buat satu post.
Aku private kan selama 24 jam. Maybe less. Aku set private, aku tutup komputer, aku mandi.

Aku habis mandi, aku buka semula komputer, login ke YM. Aku terima lapan message yang suruh aku buka semula blog.

"Please, please I want to read your blog!"

Satu message yang aku balas dengan: "Don't worry, I was just trying to prove a point."Benda-benda kecil sebegini, no matter how irrelevant, selalu akan buat aku rasa gembira. Akan buat aku sedar kenapa aku harus kekal menulis. There are people out there who love my writting. Most of them love me, too. Angka mereka adalah terlalu ramai jika dibandingkan dengan manusia bengap yang kadang-kadang buat aku rasa loya dengan dunia blog. They can kick your asses anytime, you shamless (and nameless) losers.

Dan aku menulis kerana dan untuk mereka yang sukakan tulisan aku.

Not for a bunch of stupid assholes. Go away.

Tapi, kadang-kala aku benci dan menyampah tengok blog aku sendiri. Aku bosan. Aku rasa tidak ada apa yang boleh aku tulis lagi. Setiap kali aku rasa bosan, aku akan terfikir untuk berhenti menulis. Padam blog. Padam Tagged.Stop mengunakkan YM.Tapi bila aku dapat message dan friend request di Tagged dari perempuan-perempuan cantik dengan pesanan-pesanan seperti "I'm your fan", ataupun setiap kali aku baca tulisan perempuan-perempuan muda yang menulis tentang/untuk aku di blog-blog mereka ( contoh: "One of the things I want to do before I die is to meet Andy", dsb ), aku rasa gembira. Aku rasa bangga. Aku rasa diri aku dihargai. I feel so fucking good.

Aku tak jadi padam blog.

Tapi aku sedar. Semua itu hanya ilusi. Fantasi. Delusi. Impian. Tak guna aku mengejar seribu bayangan. Aku harus berdiri kukuh pada tanah realiti. Berpijak di dunia yang nyata. Pepatah melayu ada menyebut: "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran". Aku sedar hakikat itu lantas aku tak mahu kejar lagi. Sebaliknya aku sepatutnya menghargai apa yang aku kendong. Apa yang aku ada. Apa yang benar-benar memberikan aku kasih sayang, beri aku kepuasan sama ada fizikal mahupun emosi, terima aku seadanya.

Apa yang ada di depan mata. Yang tak akan lari dari aku.

Okey, bukan depan mata. Tapi sebelah komputer ni.

Dua batang Kinder Buenno.

Nyum nyum.

Saturday, April 19, 2008

Sepetang yg Mistik.

Minggu ini aku lalui dua perkara mistik. Scary.

Hocus-pocus. Booha !

Pengalaman pertama:

Hujan lebat membasahi Bali. Kilat sabung menyabung. Guruh berdentum ibarat letupan bom atom. Bunyi angin yang bertiup kencang, bila aku tutup sliding door, ibarat bunyi sangkakala apokalips. Serious !

It's the end of the world and I feel fine.

Aku cuba tidur. Aku cuba lelapkan mata. Kalau banglo ini mahu runtuh, biarlah aku mati dalam tidur.

I'm in my fine clothes.

Aku tak boleh lelapkan mata. It was too loud. Aku masuk ke dalam tandas. Tak tahu nak buat apa, aku shave muka.

Kalau aku mati pun, hey at least I'm clean shaven.

Sebaik aku melangkah keluar dari tandas, aku terdengar suara.

"Jangan pergi", dia kata.

"What the fuck!", aku kata. "Who's there?"

Tak ada jawapan. Aku pergi ruang tamu, pergi ke dapur, ketuk bilik mama aku.

Tak ada orang.

Aku tepuk kepala aku. "Am I on the drugs?"

The only drugs yang aku kunyah earlier hanya dua ketul Kinder Buenno.

"Couldn't be", aku kata. Aku biarkan. Mungkin white noise yang keluar dari Laptop Fujitsu yang tak pernah shutdown tepi tilam.

Aku baring atas tilam, aku terlelap.

Shift scene:

Hujan mulai reda.

Perempuan Satu gave me a call. Aw, thanks bitch !"

What's that smell?" aku tanya Perempuan Satu.

"What smell?""Entah", aku kata, "macam bau bunga.

""What?" dia tanya pelik."Yup", aku jawab, "macam bau bunga dekat kubur tu.

""YOUUUUUUUUUUUU!!!!" dia teriak, "Please don't say that!

""Hmm." aku kata.

Aku cerita pada Perempuan Satu tentang suara yang aku dengar.

"You tau tak," dia mula kata, gelabah,"orang tua-tua kata kalau you bau bunga, maknanya ada hantu dekat dengan you.

""Hantu?" aku tanya sambil tersengih.

"Yup", dia jawab, "maybe hantu yang tegur you tadi, ikut you!"

Aku toleh arah belakang. Hanya nampak tilam dan kertas-kertas yang bersepah.

"Hey you, hantu!" aku teriak sambil tersengih.

"YOUUUUUUUUUUUUU!!!!" Perempuan Satu melenting lagi.

"You're scaring me!"Aku toleh lagi ke belakang.

"Hey," aku kata pada tilam dan kertas-kertas yang bersepah," Happy Hour sampai 10 malam, Guinness tiga pain RM38.00.

Ramai gadis berbuah dada besar. Jom, belanja aku minum!

"Tak ada suara yang jawab."Don't worry," aku cakap semula pada Perempuan Satu,

"hantu Islam.

""YOUUUUUUUUUUUUU!!!!"

Tapi aku rasa, itu tak cukup mistik.

Yang ini, memang terribly something wrong.

Tadi aku timbang berat badan. 68kg.

Dua hari lepas: 75kg.

Mistik kan.

Haisk, aku tak suka benda-benda mistik.

Thursday, April 10, 2008

Sejuk.

Malam yang suram dan sejuk.

Aku harus daftar semula kelas Syaitan 101. Masuk concentration camp. Berlatih secara intensif.

Harus baca semula Kontrak Faustian yang aku tanda tangan dengan darah. Fahamkan betul-betul. Pangilan-pangilan tak terjawab dari Mephistopheles harus aku segera layan. Maaf bos, for the ignorance.

I need to, shall I say, be myself again.

Aku perlu jadi aku yang aku pernah kenal. Aku yang aku rindu. Aku yang aku benci. It’s a love/hate thing, I and I.

Aku sekarang duduk dalam persekitaran yang sesuai. Mereka yang tak pernah lari dari objektif. There’re here to save me. Aku perlu lalui proses serapan sekali lagi. Kosongkan diri aku, start again. From the beginning.

Tahun demi tahun berlalu, perubahan demi perubahan masuk kedalam diri aku. I welcome it. Aku fikir itu semua petanda maturity. I have developed as a human being. Macam orang lain.

Tapi aku lupa, aku bukan sekadar human being. I’m a robot. I’m a machine. I’m a program.

Dan aku diprogramkan untuk membenci, menyelar, menghina, menyepak dan mentertawakan orang lain dan DITERTAWAKAN.

Those dull and stupid machines.

Macam mesin-mesin yang aku beri muka kemudian pijak kepala aku.

These machines must die.

Mesin-mesin Orwellian yang cuba kawal dan kemudi hidup aku. These machines, must die too!

Mesin-mesin yang cuba bunuh aku, directly or indirectly, mereka juga harus mati!

Die ! Die ! Die !

It’s fun being nice and all, tapi aku harus berhenti. I must stop. Right here, right now.

I start today with evil. Pure fucking evil. Biar kamu tahu. I mean businnes.

Aku tak akan cuci pinggan dalam sinki.Tak akan bangun awl kerja.Takkan dengar kata perempuan.Sekejap lagi, when I’m done with this new pledge, aku mahu download some porn.

Cuaca begini, it seems like a good thing to do.

I mean, evil thing to do.

Malam tadi, tengah hari tadi, petang tadi, aku sibuk cari cinta.

Bukan di Di tempat kerja, bukan di sekitar BALI, bukan di kafeteria.Aku cari di hati.

Tutup mata, korek isi hati. Sedalam-dalamnya.

Wednesday, April 9, 2008

Pada detik ini, aku sedang menaip sambil berbaring di atas katil, sedikit sengsara. Sakit pinggang. Akibat percubaan untuk makan, duduk dan membaca serentak pagi tadi.

Peringatan untuk diri sendiri:Sila berhenti melakukan aksi-aksi stunt atau akrobat ini kerana daya fleksibiliti kau dah semakin berkurangan. Pemamahan usia sedang berlaku. Harap maklum.

Semalam aku ke kedai buku Times.

Ada sebuah lagi karya agung yang kental aku belum baca. Selama beberapa tahun kebelakangan ini aku sering ke kedai-kedai buku, samada multinasional mahupun kedai-kedai buku terpakai, lalu aku akan terus ke seksyen Fiksyen dan terus meneroka bahagian yang mengumpulkan penulis-penulis yang bernama keluarga bermula dengan huruf T.

Penulis yang aku cari ialah Alexander Trocchi: penagih, bapa ayam, penjenayah, homme révolté, nihilis, sadis jelmaan semula Marquis de Sade. Buku yang aku cari itu berjudul Cain's Book, pernah dan barangkali masih disifatkan sebagai sebuah karya yang tidak bermoral sehinggakan ianya diharamkan dan dibakar sekitar United Kingdom tatkala penerbitannya sekitar 1960-an.

Syahwat intelektual aku akan tegang setiap kali perkataan-perkataan "buku", "haram" dan "bakar" digunakan dalam satu baris ayat yang sama.

Atas fakta itu, barangkali, aku gagal menemui senaskah Cain's Book di mana-mana. Negara ini bukanlah tempat yang sesuai untuk mencari harta-harta karun dalam bentuk karya-karya yang pernah diharamkan.


****

Ilham, ilham , ilham. Susah nak menemu ilham.

Semalam aku sempat berhubung dengan rakan-rakan lama. Selalunya aku tak suka jika aku telah bersedia untuk tidur, ada entiti atau enzim lain yang menggangu. Tapi dalam kes ini, tidak mengapa. Sepanjang hari atau malam aku boleh layan lurah dada, err maksud aku, kamu.

Thank you, technology!

Jika aku bukukan segala kisah-kisah kami -- daripada kami membesar sehinggalah ke zaman syawat, sehinggalah ke zaman pengajian sehinggalah ke saat ini, di mana aku sedang khusyuk mendengar dan mencelah perbualan rancak kawan-kawan yang diselangi dengan gelak ketawa -- pasti buku yang aku tulis akan diharamkan. Penulis (aku) dan subjek-subjek karya (kawan-kawan aku) akan dihantar ke concentration camps yang dibiaya dan dinaungi oleh Putera dan Puteri UMNO. Pasti mereka tidak lagi tumpukan perhatian kepada usaha-usaha mengangkasawankan mat-mat rempit.

Kan aku kata aku sedang mencari ilham. Aku perlu Nerakakan semula diri aku sambil aku tumpukan perhatian kepada karya-karya aku yang lain. Aku perlu berada di kalangan manusia-manusia gila. Dan manusia-manusia yang selalu ketawa. Ketawakan dunia, dan ketawakan diri sendiri.

"Patutlah lama tak update blog," kata kawan-kawannya yang lain.

"Nanti I check out your blog," kata seorang minah cantik yang kata berbual dengan aku adalah sesuatu yang cool.

"Tak payahlah," aku jawab malu, "bukannya ada apa-apa pun.

"(Dalam hati: "Yeah, you do that, bitch.")

Masalah aku sekarang ini cuma mesin. Aku menaip menggunakan komputer riba Fujitsu, Centrino Duo. Windows XP. Bill Gates. Maka tatkala aku menaip, carutan-carutan terhadap laptop akan keluar dari mulut aku. Ibarat Mamak mi goreng yang pantas menggoreng mi di tepi jalan. Laju dan teratur, mengikut ritma yang precise, ibarat diselia oleh satu metronom yang mengekalkan keseimbangan kosmos. Tapi jika kamu alihkan botol kicap ke kedudukan yang lain, ataupun bekas garam ke sudut yang lain, pasti si Mamak akan kelam kabut. Pasti mi goreng yang siap tak akan rasa seperti biasa. Begitulah aku jika aku menaip menggunakan komputer riba.

I need ma fucking PC HP badly.

Harap-harap ini sementara (menujukan kata-kata sinikal ini kepada seseorang)

Eheh, jangan ambil hati ya. Aku tau kau akan baca post ini.


****

3 Tahun lepas.

Oleh kerana aku datang ke Sarawak sehelai sepinggang , aku terpaksa basuh seluar pendek dan boxers aku setiap dua atau tiga hari. Sementara tunggu kering, aku cuba pakai kain pelikat. Sesuatu yang kali terakhir aku buat--semasa pulang dari hospital dengan balutan pada zakar aku.

I tell you, wearing kain pelikat is the ultimate freedom.

Duduk di sofa, bapa aku pulang dari kerja: "Wah," dia komen, "pakai kain pelikat tapi duduk minum soda, makan Oreo!

""You can take the boy out of the kampung," aku jawab, "but you can never take the kampung out of the boy.

""Baru balik kampung sekali, dah nak mengaku orang kampung" jawab bapa.

Ah, jealous.p/s: Abang Narraka tiada credit. Siapa mahu topupkan? LOLs. Tiada? Fine

Sunday, April 6, 2008

Bicara Cinta Dan Perubatan.

Awal 2008; ramai yang putus cinta.

Bukan aku kata, Sawyer yang kata. (There, saya sudah sebut nama kamu, happy?)

"Benda yang paling senang ditarik oleh graviti adalah cinta." – Lelaki Satu.

Perbincangan larut malam di Yahoo Messenger hanyalah berkisar tentang cinta dan seks. OK, mungkin lebih kepada seks. Perbincangan meliputi kedua-dua gaya hidup heteroseksual dan juga homoseksual. Statistik dan track records peribadi dikongsi dan diperbincangkan secara terperinci.

Aku sudah buka cinta aku untuk tahun 2008. Buka akaun baru. Cukup.

Akaun seks, on the other hand, masih terbuka (dan aku rasa tak akan tertutup sampai aku mati). Tapi apakah ini akan mengundang komplikasi? Contoh-contoh sudah banyak berlaku dan berlalu depan mata. Terlalu banyak drama. Terlalu banyak kekusutan. Maka sebab itu, perbincangan larut malam berlangsung pada kadar konsisten.

"Ini barang tarak tentu," aku kata kepada rakan-rakan aku yang bernaung di bawah fahaman patriarki yang mengatakan adalah mustahil untuk jatuh cinta kepada seseorang selepas kali pertama melakukan hubungan seks (ataupun dalam eufemisme rakan-rakan aku disebut sebagai "ok". Bukan O.K., tapi "ok". Sama cara kamu menyebut "ngok" ataupun "lalok"). Living proof of this, tak lain tak bukan, aku.

Malas mahu fikir. Makan dulu, moral kemudian. Carpe diem. Apa mahu jadi, jadi. Ini adalah secara kasarnya falsafah hidup aku sepanjang tahun 2008. Aku bebaskan diri aku dari cengkaman intoksikasi narkotik kasual. Bila aku bebas, aku mahu isi semula kekosongan yang wujud. Ini perkara biasa. Lumrah yang sudah menjadi klise.


Dia muncul pada pintu bila aku buka mata dari tidur yang nyenyak. Aku panggil, dia datang bergolek, literally. Aku ok (bukan "O.K."). Aku jatuh cinta. Cinta lebih senang jatuh daripada epal-epal si Newton. Aku tak sangka aku akan tergolong dalam golongan manusia yang akan terkata ('ter' bukan 'ber') "I fucking love you," bukannya "I love fucking you."


Tapi aku ter-tergolong dalam golongan itu. Orgasm is the best way to meet people.

Aku akan cuba apa-apa pun sekurang-kurangnya sekali. Jadi aku cuba menyelinap masuk ke dalam dunia yang begitu asing bagi aku. Dunia yang datang sekali secara package kepada satu tubuh muda dan hati yang baru. Dunia hoi polloi yang selama ini aku perlekehkan. Tiada apa-apa persamaan pun antara kami. Freud pernah cuba berteori tentang ini. Barangkali aku tercabar untuk buat eksperimentasi ke atas pendirian aku. Barangkali aku kesepian. Barangkali juga, aku horny. Aku lalui juga pengalaman tiga, empat bulan itu. Berlakon sebagai seorang lain.

Manusia seperti aku, yang tak pernah puas, yang sentiasa memburu pengalaman-pengalaman baru, diserabuti inertia eksistensialis, antisosial, complicated, tak reti iron baju, tak reti sikat rambut, berbaju saiz S atau M, bagaimana? Faham-faham sudah. Malas mahu fikir. Take me as I am. Kalau kamu rasa aku betul-betul worth your time, sabarlah girl/boy. The time will come. Cuma tak tahu bila. 5 bulan? 5 tahun? 50 tahun?

I would do anything for love, but I won't do that. And that. That, too. Oh, also that, that, that, that and those.

Kamu tak sabar. Barangkali memang kamu tak pernah berniat untuk sabar?

Barang yang lepas jangan dikenang. Cinta tak boleh dipaksa, dia datang sendiri secara mutual. Yang susah hanyalah untuk mengekalkan keseimbangan. Pesanan untuk diri sendiri.

Aku tak mahu sandarkan percintaan aku dengan kehendak-kehendak dunia yang terlalu absurd bagi aku. Kalau aku mahu jadi seperti manusia-manusia yang kamu jadikan contoh baik, biar aku sendiri yang tentukan bila atau bagaimana. Bukannya kamu, bukannya ibubapa kamu, bukannya masyarakat kamu, bukannya kerajaan kamu. Contoh-contoh baik kamu bukannya betul-betul bahagia lagipun. Nampak bahagia pun sebab terlebih makan.


Screw you, sweety.

Oh, I think I already did.


Cinta itu datang secara perlahan-lahan. Aku ekshibitkan kisah perkenalan yang memakan masa dua tahun. Admirasi mutual sesama kami. Kali pertama bertentang mata, kata hati aku, one day I'll kiss you. Hari itu datang selepas dua tahun silih berganti.

Tapi tak semudah itu.

Bila kamu tahu dia tak mungkin terima kamu, jangan rungsing sangat. Nisbah kompatibiliti sesebuah pasangan adalah satu dalam enam bilion (hetero mahupun homo). Dunia ini luas. Terima hakikat itu dan teruskan kehidupan. Cuma tinggalkan pesanan (HANYA jika kamu serius menyukai ataupun menyintai si dia) yang kamu akan "sentiasa berada di sisimu bila setiap lelaki jahat di dunia ini telah menghancurkan hatimu". Teguk botol-botol Stella-Artois yang tiba-tiba terasa pahit . Expect nothing.

Yeah right. Dalam masa seminggu, kami jatuh cinta. Tegukan botol menjadi semanis madu (Carl Jung, kamu seorang genius!). Muka aku ceria untuk tempoh beberapa bulan lagi untuk tahun fiskal 2008.

Tapi, seperti biasa, it didn't work out.
Aku terima dengan hati terbuka semua ini. Ini barang tarak tentu. Mungkin kita boleh cuba lagi? Aku tak tahu. Biarkan masa dan ruang yang tentukan. Bukankah cinta itu, menurut Marcel Proust, adalah masa dan ruang yang diukur dengan hati?


Barang yang lepas jangan dikenang. Pesanan untuk diri sendiri.Tapi tak mengapa. Hati aku sentiasa skinny. Jangan risau. Masih boleh lagi buat pengukuran. Cuma untuk tahun ini, aku sudah hantar pengukur untuk buat kalibrasi. Tahun depan baru boleh guna semula. Kalau ia tak rosak pada parti sambutan tahun baru.Kan aku dah kata, "ini barang tarak tentu."


*****

Kembali ke awl tahun 2007:

Kata doktor: "Ujian anti-nuclear antibody show good results."

Aku tanya diri aku dalam hati: "Nuclear apa?!

""Unfortunately," dia sambung, "kami tak dapat buat biopsi sebab tak nampak lesion tu melalui bronchoscope

."Aku tanya lagi diri aku, "apa?

""Which is a good sign," dia tambah, "sebab it shows that it is localised in the lung. Belum ada invasion."Aku fikir dalam hati, "invasion?"Aku buat-buat pandai. Bukannya susah pun istilah-istilah ni semua. Aku dah habis tengok House. Season one, two dan juga three. Grey's anatomy pun aku dah khatam. Lagipun sebagai seorang yang menghargai aspek perubatan terutamanya dalam bidang narkotik, aku harus tahu segala benda ini.

"So what's the next step? Biopsy?

""Ya," doktor jawab, "the next step is to do tissue biopsy. Kami rancang nak buat biopsi melalui CT guided.

""CT what?""

This means," dia terangkan lagi, "kami akan ambil sikit sampel of the growth by inserting a needle or other tools through the skin under CT guidance.


""Oh," aku angguk. Muka masih kawal riak kebijaksanaan. "So when could all this be done?

""As soon as the consultant make the necessary arrangements," dia jawab. "At the same setting nanti mereka akan terus buat CT staging. Looking at the way things are going now, the consultant will try to push this thing as soon as possible because if the growth is localised, there's a good chance to do resection.

""To do what?" aku tanya dengan serius. Sama serius dengan dialog drama TV Jalaludin Hassan.


"Surgery," dia jawab.


Oh," aku angguk kepala buat-buat faham.

"Treatment-wise, don't worry. We'll discuss that after all the results are out at the mean time I'll prescribe you with more pills, as you wish to skip and stop the treatments." dia kata lagi.

"Oh," aku angguk lagi.

"Another thing," doktor tambah. "You look depressed.

""Of course I'd be depressed," aku cantas, "I'm sick!"

"Bukan pasal tu.


" "Habis tu?"

Dia diam, tak menjawab.

Thursday, April 3, 2008

Pongget.

Seekor Babi memanggil aku pengemis.Pengemis CINTA!!Babi yang menyamakan aku dengan sampah. Babi yang tidak tahu membezakan apa itu sayang?apa itu cinta.apa itu komedi. Babi yang tidak tahu menggariskan sempadan hakiki.

Aku tidak perlu meminta wang dari sesiapa untuk berhibur. Hiburan jenis aku, hiburan intelektual.

Bukan jenis hiburan kamu, Babi.Babi jenis ini yang terlalu ramai singgah di sini. Mereka tiada nilai-nilai intelektual; sekadar datang ke sini untuk merasakan diri mereka berada satu takut di atas. Mereka tidak suka duduk di dalam kandang mereka yang busuk dan dipenuhi najis. Najis mereka sendiri. Lalu mereka datang ke sini, tempat himpunan manusia-manusia dan mereka mahu cari kesilapan.

Sebagai manusia aku tidak boleh lari dari berbuat silap. Dan silap aku yang paling besar ialah kadang-kadang aku terlupa bahawa dunia ini dipenuhi babi yang sering membuat aku marah.

Ini bukan Babi bernama Napoleon atau Hitler. Ini Babi moden. Babi cerdik. Babi yang mencari peluang untuk menjatuhkan manusia.Menjatuhkan manusia dengan cara yang sangat perit.

Babi yang aku maksudkan di sini adalah babi yang menggunakan setiap peluang yang mereka perolehi untuk merengus.

Merengus tanpa henti.

Tak pernah terlintas difikiran aku untuk masuk ke kandang Babi. Aku biarkan mereka dalam dunia mereka. Aku tak pernah lalu, aku tak pernah singgah dan tak pernah menyuarakan suara manusia aku kepada mereka. Aku sedar yang mereka tidak faham bahasa manusia. Mereka lebih senang berbicara dalam rengusan sesama sendiri. Mereka lebih memahami jiwa babi mereka masing-masing.

Tapi mereka amat gemar datang ke dunia manusia. Mereka beramai-ramai datang ke sini. Merengus dengan rengusan babi mereka.

Mereka panggil aku pengemis. Mereka katakan aku murtad. Mereka samakan aku dengan sampah.

"Ya, aku pengemis, aku sampah. Tapi kamu, Babi. Babi yang tak pernah faham. Dan tak mungkin akan faham, sehinggalah kamu keluar dari kebabian kamu.

"Biar makan babi, jangan jadi babi, Babi.

****

Aku menerima dua messages dari satu minah dan seorang brotha:Dari minah separa horny:Bro Narraka,

Saya kekasih gelap. Sekarang si dia perlahan-lahan pull himself out and not replying my sms. Dia da ade girlfriend yang lagi cantik dan slim kot.

Apa patut saya buat? I miss him and his kisses.

Abang Narraka jawab:

Dia tak ada kredit. Pergi topupkan dia. Topup I sekali. Kalau dia tak message atau reply, I ade, btw, I'm a good kisser.;)

Mamat yang kehausan knowledge:
Abang Narraka,Mana nak dapat stuff gerek2??


..............

aku xreply pun.