Selamat petang, Bali. Jam menunjukkan detik 1.30 petang.
Ada dua peraturan membaca blog aku.
Pertama, selepas membaca, sila tanpa segan silu atau disuruh, komen blog aku.
Kedua, suscribe blog aku. Mudah bukan?
LOL. Tidak perlu, aku sekadar bergurau lah.
OK, OK, aku mengaku.
Aku banyak kali menipu dalam Yahoo Messenger, MSN Messengger, SMS. Ramai kawan-kawan sudah tegur.
"You and your LOLs. Asyik-asyik LOLs. Sikit-sikit LOLs. Tapi tak pernah tengok you terbahak bila mengadap komputer.
"Ya, aku tahu.
Aku banyak guna LOL.Laughing Out Loud.
Kalau ada perkara terlalu lucu, aku akan tambah "s" di belakangnya.
Senang tak payah nak susah-susah taip panjang-panjang "Haahahahahahaahahaha"
Yelah, padahal aku tak ketawa pun.
Contoh:
LOL LOL LOL
(Aku tak ketawa pun. Muka aku tak mengalami sebarang perubahan ekspresi.)
LOLs ! ! ! Tak cukup satu tanda seru, tambah lagi dua tiga atau sebanyak mungkin untuk menunjukkan perkara itu lucu.(Tapi tak juga, dengan selamba aku tengah nguyah Oreo.)
Aku tak ketawa sampai nak pecah perut. Aku tak bangun buat larian setempat, aku masih duduk atas kerusi dan menunggu perkataan seterusnya yang akan keluar dari otak aku.
Oleh itu aku minta maaf, kamu semua ditipu. Dunia semakin canggih memang banyak melahirkan penipuan, banyak salah faham.
Aku dapat teks SMS dari Aleya semalam.
"Andy, channel 713, MTV JUS lagu best!
"Lamunan aku terganggu.
Aku mendengus lalu menumpukan perhatian pada skrin televisyen.
Ada muzik video melayu.
Sambil menonton aku membuat pandangan "What the FUCK".
Okay ada seorang gadis tengah menyanyi, manis orangnya.
Kerana bawakkan lagunya agak sadis dan mendayu, raut wajahnya sedih.
Ekspresi wajahnya asyik mengerut; konon gagal dalam bercinta.
Lokasi di tepi laut.
Ah, macam video klip KTV.
Sungguh tipikal. Dia, si pelakon "Dunia Baru".
"Andy, awk tahu sape cipta lagu ni" Aleya sms lagi.
"Ntah, mane la tau." Aku reply.
"Ala, teka la. awk kan pandai"
Ah, pandai perempuan ni pancing aku nak main sms.
"Aidit alfian?" aku reply malas.
"Bukan, teka lagi.
""er..Mama juwie. LOLs.
" aku reply dalam tempo yang semakin malas.
"Haha, xsangka awk knal mama juwie. tp bukan la syg.
"Aku ketap bibir. Geram sebab salah meneka. Tambah pula dia mengejek aku teka salah. Mesti dia tengah ketawa terbahak-bahak.
"Ala, kamu ckp je la sape. Andy mne tau lagu-lagu melayu ni""(pancing je.padahal minat lagu melayu gak)Patrick Star lah. Member Spongebob Squarepants."LOL LOL LOL.(Kali ni aku betul-betul ketawa.)
Babi sungguh.
3 comments:
hmmmmsss
penipu bsar rpenye kmu nih'an!!!
ish2 pelh nk jd ngn die nie!
hahaha...
ape yg tipu nye manja??
nnt gelak sorg2 depan konputer org kate giler so gelak melalui taip sudey~~ hahahaha
Post a Comment