Monday, May 5, 2008

korban ape??Ego kau!

Tolong tambat lembu, tolong tarik, tolong ikat, tolong kasi rebah, tolong pusing. Bila tiba waktu sembelih, aku tolong tengok. Actually tak tengok sangat pun. Masih ada sisa-sisa liberal yang menyangkal diktum-diktum Cartesian yang mengatakan bahawa sang haiwan sebenarnya tidak mempunyai apa-apa consciousness. Darah mengalir deras, masuk ke dalam lubang tanah, bunyi rayuan sang lembu meminta nyawa: senario yang paling sesuai untuk berpaling ke arah lain. Ataupun termuntah ke rumput.

Ok, segala di atas adalah exageration and fantasy semata. Aku lebih banyak mengiring ke kiri dan ke kanan. Sebab pada ketika orang lain sibuk ke masjid atau menjatuhkan lembu, aku sedang nyenyak tido.

Iya, aku tahu, langsung tidak ada nilai Islamik.

Segala yang akan berlaku di depan mata aku adalah terlalu sayu untuk aku hadapi secara live. Ya, aku suka makan daging. Aku enjoy sebiji burger every now and then, juga stik (medium rare) atau satay, bebola daging ataupun apa-apa saja by- products hasil dari penyembelihan lembu. Cuma jangan disembelih di depan aku.

Teringat tahun tahun sebelumnya.

"Kau tak payah sibuk-sibuk tolong pun takpe, Andy," kata kenalan lama bapa yang hampir 10 tahun bound on wheelchair. Dia bekas askar. Hero penduduk kampung. Sekarang nada dering telefon bimbit dia pun lagu "Negaraku". Sangat patriotikal.

"Kau balik ni pun dah kira bagus," dia beri rasional. Sama ada ikhlas ataupun trying to tell me something. Apa-apalah. Sebelum itu, tatkala anaknya melihat kelibat aku dalam kawasan rumah, dia menjerit di luar pagar: "Andy anak Pak Ngah! Siapa pos pada kau peta?

""Peta apa?" aku teriak."

Peta balik kampung.

"Ya, orang-orang kampung aku punya great sense of humor.


*****

Sewaktu di Johor:

Jiran sebelah rumah aku yang sedang menyiat kulit kepala lembu korban terus tanya aku, dengan nada komedik, "kau nak tak kepala lembu ni?

""Taknaklah, nak buat apa?" aku jawab juga, walaupun aku tahu sebarang respon yang aku beri bakal menghentam kepala aku juga akhirnya.

"Sembah syaitan," dia jawab. "Kau kan black metal.


*****

Di kampung:

Aku ke belakang untuk berbual dengan Uncle aku yang sedang gali tanah cari cacing. Hantu air. 12 jam sehari di atas bot, memancing nasib. Aktiviti-aktiviti rekreasi seperti ini dilaksanakan olehnya while living under the guise of the kampung sinaran. Penyelesai masalah. Pengubat jiwa luka. Mr. Wolf dunia mistik.

"Lama tak nampak?" dia perli aku. Aku cuma jawab dengan sengihan.

"Walaupun uncle tak nampak," dia cuba guna taktik penerangan bomoh mistik kampung, "uncle tau kau kat mana, apa kau buat semua.

""Eloklah macam tu," aku jawab sinis. Malas mau layan benda-benda karut. Hocus-pocus. I'm a man of science. Jangan cerita benda begini dengan aku kalau harapkan respon dan perhatian 100% serius.

"Bukan main lagi kau ni," dia sambung, "perempuan sana sini, minum sana sini, ubat tak nak pulak kau makan, isk isk." Kemudian dia ketawa.

Mana punya bola kristal yang dia guna untuk tengok aku buat semua benda tu. Clairvoyant yang sedang gali tanah cari cacing tetapi mengeluh sebab asyik gagal jumpa cacing.

"Jangan mengarutlah, uncle," aku bantah. "Jangan cakap kalau tak nampak depan mata.

""Memang nampak depan mata uncle pun," dia jawab yakin.

Aku terus ketawa mengilai. "Kat mana?" aku tanya, sekadar melayan ritma perbualan.

"Dalam komputer," dia jawab, "uncle baca blog kau.

""Hah?""Wah wah, kau punya madah pujangga," dia sambung, "lanun laut pun kalau baca terus lari takut.

"Aku terus gelak.

*****

"Abang pun baca blog kau," kata Abang Saudara Satu pada aku sebelum dia masuk ke dalam kereta, "selalu update blog, rajin kau update." Katanya sambil kenyit mata.

Alamak aku fikir, ini sudah sampai tahap kritikal. Aku tahu aku popular. Memang satu dunia baca blog aku. Tapi jangan sampai satu kampung tahu macam mana aku hidup. Nanti mereka sedih lalu akan poskan duit hari-hari.

Err, on second thoughts..

4 comments:

Anonymous said...

hahahaha!!!

neby~

Anonymous said...

Alamak aku fikir, ini sudah sampai tahap kritikal. Aku tahu aku popular. Memang satu dunia baca blog aku. Tapi jangan sampai satu kampung tahu macam mana aku hidup. Nanti mereka sedih lalu akan poskan duit hari-hari.



Perasan!!!

ANDY said...

andy suke makan daging!!
anda mau belanja

Anonymous said...

Bapak la ayat kau!
kau semakin maju bro!!
Lama tak jumpa kau..
nampak kau smakin bijak.