Adalah satu perkara yang mengkagumkan apabila masih ada orang yang ingin tahu pasal kehidupan aku. Agak menarik apabila ada orang menjadikan gaya hidup aku sebagai topik perbualan di meja kopi. Atau laman sembang. Atau pesanan ringkas. Atau apa-apa medium lain.
Bila aku rapat dengan seseorang, sebagai contoh Rafeah Buang(bukan nama sebenar), orang akan bilang, "Oh tu tak lama, fuck item je."
Atau "Ala dia kan playboy."
Bila aku rapat dengan seseorang, walau pun seorang lelaki, sama spesies:
Yang membezakannya aku tinggi dan kacak sedikit, konfirm, maka dia juga akan kena tempias. Dia juga akan secara automatik menjadi kekasih aku akibat mulut orang.
Wow. Bangga. Aku mampu memikat si gadis dan si jejaka. Bukan itu sahaja aku mampu membuat orang berbicara tentang aku. Dan bukan tentang konsep 1Malaysia. Bukan tentang dasar ekonomi negara. Bukan tentang kekasih baru Umie Aida.
Atau cara mendekatkan diri dengan Tuhan.
Sebaliknya mereka berbual tentang aku. Eh, rasa macam artis. Tapi susah juga macam ni. Ada sahaja lalat-lalat busuk terbang dan hinggap.
Pemukul lalat ada?
Nak pinjam.
3 comments:
dah jrg dengar kabar..hidup lgi kah?
sikep0h!
hahaha.fine.biar lah nak kepoh.dengki
Post a Comment