Monday, June 22, 2009

Tentang PDA (Public Display of Affection)

Bertemu kembali dalam Edisi-edisi Andy. Ceh konon macam Zakiah Anas. -__-" Kali ini aku mahu cakap tentang PDA atau Public Display of Affection. Contoh-contoh PDA ialah bercium atau berpeluk di tempat awam, ataupun perbuatan menarik tali bra atau coli(bahasa mak-mak). Mungkin tidak. Berpegangan tangan tidak dikira sebagai PDA kerana pegang tangan hanya menyentuh beberapa cm2 kulit sahaja. ha-ha ketawalah.


1. Sakit Mata
Tak tahulah kenapa kalau aku nampak pasangan yang melakukan PDA ni nanti mata aku automatik jadi gatal atau juling-juling air. Mungkin kerana tak sanggup melihat pemandangan yang kurang menyenangkan tersebut. Apatah lagi disulami dengan adegan suap-menyuap makanan sambil penyuap memandang sekeliling. Yela kak, romantiklah tu.

2. Murah
Perbuatan menunjuk-nunjuk kemesraan dan perasaan kasih sayang secara berlebih-lebihan ini sangatlah tidak patut bagi pasangan-pasangan tidak kira sudah berkahwin atau tidak, tua ataupun muda. Lebih-lebih lagi melibatkan sentuhan-sentuhn yang tidak patut di dalam bas, LRT, stesen bas, lif, tangga bergerak,tepi tandas, dan sebagainya. Tak class. Satu ayat untuk mereka; go get a fkin room. Tapi aku suka tengok pasangan berumur pegang tangan.fucking sweet!!

3. Kantoi
Persoalan yang selalu bermain dalam fikiran aku bila tengok perlakuan begini ialah "diorang ni tak takut kantoi ke?". Bayangkan sedang seronok-seronok tiba-tiba kena sergah dengan ayah. Ish ish. Tanpa PDA mungkin anda boleh cover mengatakan pasangan anda cuma kawan. haha.

4. Menyusahkan
Berpeluk baik punya ketat tengah-tengah jalan. Jalan pula selangkah seminit. Kan menyusahkan orang tu. Dalam kereta dekat trafik light tak menyempat nak comolot (eh geli betul guna perkataan ni), sampai lampu hijau pun tak perasan. Kalau aku bawa kereta kebal dah lama aku langgar lenyek saja. Tak pun aku turun piat-piat telinga diorang.Cute bukan??Kalau ya pun berhenti la kat tepi jalan kan?Dah tuh main sekali.

Yang paling tak tahan bila jumpa ex-boyfriend/girlfriend dan bila mereka nampak kamu terus mereka berpeluk-peluk dengan sengaja kononnya nak buat kamu cemburu. Oh tolonglah move on.

Sekian.

7 comments:

nabiela said...

hahahahahaha =]
sye mau tye nie?
bdansa itu dkire PDA apa ngak?
hahahahahaha...

honey <3

siti said...

ahax!PDA?wut a nice word to choose!!boleh gune after this.

ANDY said...

CARA an??

siti said...

still tak phm CARA tuh mksud dia.haha

ANDY said...

xphm eh?
adoii susah nk cite!
lgu andy syahdu ark?

ANDY said...

xphm eh?
adoii susah nk cite!
lgu andy syahdu ark?

siti said...

lagu pe?sori tak dgr pon.hahaha