Friday, December 5, 2008

Games

Are you man enough to fight with me?

Hi, aku kembali. Miss me? Currently di Iraq, bercinta dengan diri sendiri. Kata orang bijak pandai, bermuhasabah diri. Bertapa. Berkelana.

Anyway, dulu masa zaman remaja.

Dia seorang penagih.

Bukan penagih itulah. Penagih ini. Penagih video game.

Dia paling high dengan permainan video Street Fighter II. Itulah estacy dia.

Sebab permainan video Street Fighter banyak skill yang boleh dicuba. Itu permainan anak muda yang sukakan keganasan. Sesuai dengan dia ketika itu, punk. Anarki. Rebel.

Dia boleh dikategorikan sebagai handal. Kerana kalau dia masukkan duit untuk bermain, ada sahaja orang yang cuba nasib untuk kalahkannya.. mencabarnya, tapi tak berjaya. Kadang-kadang sampai beratur orang menunggu untuk berentap dengannya. Dengan hanya bermodalkan 20sen, berjam-jam lah lamanya dia di situ.


Dulu kalau dia main, dia suka pakai karekter yang bernama Guile, mamat mata light blue dengan rambut flattop dan buat kuasa Sonic Boom serta tendangan ala lipat menghala langit.


Atau, karekter bernama Ryu dan Ken, kerana boleh buat kuasa Abugitt!! dan tendangan helikopter.

Dan kerana obsesinya terhadap permainan video 20sen itu macam-macam kisah dia harungi.

1. kena cekup dengan pihak polis tempatan (sebab bawah umur).

2. kantoi dengan cikgu dan bapa sebab ponteng sekolah

3. sanggup menipu minta duit lebih semata-mata nak dengar perkataan 'You win, perfect!'

4. bergaduh, bertumbuk dan dalam pada masa yang sama sempat membuat 'tiger uppercut' kepada budak yang berdekah-dekah ketawa kerana berjaya mengalahkannya.

5. hampir pecahkan skrin video kerana terlalu bengang akibat kalah.Itulah diantaranya. Kalau dikira, banyak lagi. Biasalah dude, kalau nak hebat, kena tempuh banyak halangan. Kata pejuang virtual!

Kini, waktu zaman belia (belia ok, belum tua).

Baru nak warm balik kat Playstation 2, dah kene titik dengan anak buah yang berumur 5 tahun itu.

"Konek lah, konek!" teriak aku."Say what..?" dia tanya."Er, oh it is a gentleman's word, for winning.

'Terus dia lari satu rumah sambil menjerit perkataan konek sambil membuat tarian kemenangannya.

Well, er.. at least he did learn a new word, kan?

3 comments:

Anonymous said...

lu mmg da tua.xpyah perasan belia.

Unknown said...

ahax!games 20sen?bgus~tapi new word tuh tak suit la!

ANDY said...

YEAH!! MMG TAK SWEET..TP MACHO!!
TRY LARH SEBUT!! HAHAHAHA