Friday, November 14, 2008

BORING.

Depresi

*AMARAN : Jika kau tidak gemar dengan topik-topik sebegini maka tak perlu komen dengan perkataan yang tidak-tidak. Sebaiknya berhenti saja membaca. Semua orang punya depresi dan ini cara aku untuk kurangkannya. Kalau tidak kau suka, maka pergi mati. Bila mati pun ada depresi, terkial-kial jawab tanya malaikat. Baru kau tahu perit tiada rokok nak dipulun, tiada alkohol untuk kau mabukkan dan tiada ruang blog ini untuk kau luahkan.

hah. puas hati aku.

Okay, berbalik pada topik aku. Kenapa depresi?
  • Banyak kerja dan tak tahu dari mana nak dimulakan
  • Kegagalan dalam perhubungan. Kerana ibu. ah. mata pedih bila mahu cerita. jadi lupakanlah.
  • Rambut semakin panjang dan leper. membuatkan muka seperti orang tidak sihat. Atau mungkin memang tidak sihat.
  • scoliosis ini semakin menyiksa. sakitnya kurasa di seluruh tubuh. pedih. lenguh.
  • Sering lambat ke kelas.
  • Pergaduhan yang tiada penghujungnya.
  • Bosan dan mau mati.


Ya itu semua yang ganggu aku. ganggu otak ini dari berfungsi di tahap normal. Untuk perhatian kalian aku sudah sejam di laptop ini dengan bibir berzikir kejap lagi aku mahu mati.mati kebosanan. dah satu jam berilalu pun aku masih di sini.

macam haram.


Pernah tak kau rasa yang kau cukup kuat untuk tidak menangis tapi di saat yang tak sepatutnya, kau hamburkan air mata kau tanpa segan silu. Aku menangis semalam.Kerana dia bertanyakan tentang keluarga . Memaksa aku menceritakan apa yang berlaku. Aku ini tidak gagah untuk melawan takdir. Tidak punya upaya untuk melawan mama sendiri. Dia mamaku. Yang melahirkan aku. Yang mengorbankan segalanya untuk kesenangan aku. Dia beri aku segalanya. Jadi aku redha dengan pengorbanan ini. Aku sangat sayang sama mama.

Maaf , entri-entri di kebelakangan ini hampir semuanya bernada sendu. Sayu. Ya aku ini mat sentimental. Emo. Cengeng. Cakaplaah. Sumpah aku tak kisah.


tapi


tolong aku selesaikan segala kekusutan.


*senyum sambil kerdip kan mata*heee