Friday, September 5, 2008

Sedih bila merasakan klimaks.

Tertipu lagi.

Kau memang pantang dengan perkataan klimaks.

Dude, aku rasa hari-hari aku kian pelik. Setiap kali aku terdengar suara hatiku yang kadangkala tersekat-sekat akibat kesedihan itu.

Hari-hari pelik, seperti berada dalam mimpi ngeri filem-filem break-up cinta dari neraka. Kau mahu bangun dari semua yang membelenggu, tapi tak boleh kerana hanya itu yang kau ada buat masa ini.

Dan aku, sememangnya adalah pencelaka yang menyerap dan menghirup segala duka-duka dan perit-perit.

Atau, ini hanya salah satu peringkat transisi diri, sekali lagi.

Mungkin ini adalah musimnya.

Seperti mula dan akhir.

Nihilistik dan Orthodox.

Duka dan nestapa.

Hanya dua musim disini.

Aku faham, semua itu.

Dan, aku kian bodoh meyusun ayat mengenai semua yang menghurung.

Tapi biarkan aku luah sedikit kebenaran sebelum aku jahit mulut dan diam selamanya.

Aku rasa, kau orang faham. Dan aku harap, dia juga akan faham.


Anyway,


Sudah lama aku tidak menulis secara serius.

Sudah lama entri aku dinodai karangan berbentuk diari. Dasar jantan melankoli.



Baik.


Dari dulu aku hairan kenapa labah-labah itu dipanggil labah-labah.

Sedangkan kata ganda selalunya diguna untuk melambangkan satu objek dalam kuantiti yang banyak.

Tadi, aku selak-selak Wikipedia.

Seorang ahli biologi dari East Carolina University menjumpai satu spesis labah-labah baru. Tanpa berfikir panjang dan di atas dasar kebebasan memberi apa-apa nama untuk penemuan spesis baru, dia mengambil nama seorang rockstar dan penulis lagu terkenal Neil Young untuk labah-labah tersebut.






Spesis baru itu diberi nama Myrmekiaphila neilyoungi.

Mujur Jason Bond bukan orang Melayu.

Myrmekiaphila asmawianii.

Siapa nak jawab?

4 comments:

Anonymous said...

Lu Kutok Ape?
Lu Jgn Suke2 Kutok Mawi!!
Dia Dak Tmpat wa.hahahahahaha

ANDY said...

mampos kau!!hahaha

ANDY said...

mampos kau!!hahaha

ANDY said...

mampos kau!!hahaha