Pada detik ini, aku sedang menaip sambil berbaring di atas katil, sedikit sengsara. Sakit pinggang. Akibat percubaan untuk makan, duduk dan membaca serentak pagi tadi.
Peringatan untuk diri sendiri:Sila berhenti melakukan aksi-aksi stunt atau akrobat ini kerana daya fleksibiliti kau dah semakin berkurangan. Pemamahan usia sedang berlaku. Harap maklum.
Semalam aku ke kedai buku Times.
Ada sebuah lagi karya agung yang kental aku belum baca. Selama beberapa tahun kebelakangan ini aku sering ke kedai-kedai buku, samada multinasional mahupun kedai-kedai buku terpakai, lalu aku akan terus ke seksyen Fiksyen dan terus meneroka bahagian yang mengumpulkan penulis-penulis yang bernama keluarga bermula dengan huruf T.
Penulis yang aku cari ialah Alexander Trocchi: penagih, bapa ayam, penjenayah, homme révolté, nihilis, sadis jelmaan semula Marquis de Sade. Buku yang aku cari itu berjudul Cain's Book, pernah dan barangkali masih disifatkan sebagai sebuah karya yang tidak bermoral sehinggakan ianya diharamkan dan dibakar sekitar United Kingdom tatkala penerbitannya sekitar 1960-an.
Syahwat intelektual aku akan tegang setiap kali perkataan-perkataan "buku", "haram" dan "bakar" digunakan dalam satu baris ayat yang sama.
Atas fakta itu, barangkali, aku gagal menemui senaskah Cain's Book di mana-mana. Negara ini bukanlah tempat yang sesuai untuk mencari harta-harta karun dalam bentuk karya-karya yang pernah diharamkan.
****
Ilham, ilham , ilham. Susah nak menemu ilham.
Semalam aku sempat berhubung dengan rakan-rakan lama. Selalunya aku tak suka jika aku telah bersedia untuk tidur, ada entiti atau enzim lain yang menggangu. Tapi dalam kes ini, tidak mengapa. Sepanjang hari atau malam aku boleh layan lurah dada, err maksud aku, kamu.
Thank you, technology!
Jika aku bukukan segala kisah-kisah kami -- daripada kami membesar sehinggalah ke zaman syawat, sehinggalah ke zaman pengajian sehinggalah ke saat ini, di mana aku sedang khusyuk mendengar dan mencelah perbualan rancak kawan-kawan yang diselangi dengan gelak ketawa -- pasti buku yang aku tulis akan diharamkan. Penulis (aku) dan subjek-subjek karya (kawan-kawan aku) akan dihantar ke concentration camps yang dibiaya dan dinaungi oleh Putera dan Puteri UMNO. Pasti mereka tidak lagi tumpukan perhatian kepada usaha-usaha mengangkasawankan mat-mat rempit.
Kan aku kata aku sedang mencari ilham. Aku perlu Nerakakan semula diri aku sambil aku tumpukan perhatian kepada karya-karya aku yang lain. Aku perlu berada di kalangan manusia-manusia gila. Dan manusia-manusia yang selalu ketawa. Ketawakan dunia, dan ketawakan diri sendiri.
"Patutlah lama tak update blog," kata kawan-kawannya yang lain.
"Nanti I check out your blog," kata seorang minah cantik yang kata berbual dengan aku adalah sesuatu yang cool.
"Tak payahlah," aku jawab malu, "bukannya ada apa-apa pun.
"(Dalam hati: "Yeah, you do that, bitch.")
Masalah aku sekarang ini cuma mesin. Aku menaip menggunakan komputer riba Fujitsu, Centrino Duo. Windows XP. Bill Gates. Maka tatkala aku menaip, carutan-carutan terhadap laptop akan keluar dari mulut aku. Ibarat Mamak mi goreng yang pantas menggoreng mi di tepi jalan. Laju dan teratur, mengikut ritma yang precise, ibarat diselia oleh satu metronom yang mengekalkan keseimbangan kosmos. Tapi jika kamu alihkan botol kicap ke kedudukan yang lain, ataupun bekas garam ke sudut yang lain, pasti si Mamak akan kelam kabut. Pasti mi goreng yang siap tak akan rasa seperti biasa. Begitulah aku jika aku menaip menggunakan komputer riba.
I need ma fucking PC HP badly.
Harap-harap ini sementara (menujukan kata-kata sinikal ini kepada seseorang)
Eheh, jangan ambil hati ya. Aku tau kau akan baca post ini.
****
3 Tahun lepas.
Oleh kerana aku datang ke Sarawak sehelai sepinggang , aku terpaksa basuh seluar pendek dan boxers aku setiap dua atau tiga hari. Sementara tunggu kering, aku cuba pakai kain pelikat. Sesuatu yang kali terakhir aku buat--semasa pulang dari hospital dengan balutan pada zakar aku.
I tell you, wearing kain pelikat is the ultimate freedom.
Duduk di sofa, bapa aku pulang dari kerja: "Wah," dia komen, "pakai kain pelikat tapi duduk minum soda, makan Oreo!
""You can take the boy out of the kampung," aku jawab, "but you can never take the kampung out of the boy.
""Baru balik kampung sekali, dah nak mengaku orang kampung" jawab bapa.
Ah, jealous.p/s: Abang Narraka tiada credit. Siapa mahu topupkan? LOLs. Tiada? Fine
2 comments:
hurm...tak phm cte pe..tp tk nice la name abg narakka tuh...superandy cm mantap sket
cyg,
hurm pmamahan usia erk?
huh...smmgnye kmu 2 sdh tua!
haha..jgn mrh!
luv u,muahz!muahz!
honey!
Post a Comment