Sunday, April 6, 2008

Bicara Cinta Dan Perubatan.

Awal 2008; ramai yang putus cinta.

Bukan aku kata, Sawyer yang kata. (There, saya sudah sebut nama kamu, happy?)

"Benda yang paling senang ditarik oleh graviti adalah cinta." – Lelaki Satu.

Perbincangan larut malam di Yahoo Messenger hanyalah berkisar tentang cinta dan seks. OK, mungkin lebih kepada seks. Perbincangan meliputi kedua-dua gaya hidup heteroseksual dan juga homoseksual. Statistik dan track records peribadi dikongsi dan diperbincangkan secara terperinci.

Aku sudah buka cinta aku untuk tahun 2008. Buka akaun baru. Cukup.

Akaun seks, on the other hand, masih terbuka (dan aku rasa tak akan tertutup sampai aku mati). Tapi apakah ini akan mengundang komplikasi? Contoh-contoh sudah banyak berlaku dan berlalu depan mata. Terlalu banyak drama. Terlalu banyak kekusutan. Maka sebab itu, perbincangan larut malam berlangsung pada kadar konsisten.

"Ini barang tarak tentu," aku kata kepada rakan-rakan aku yang bernaung di bawah fahaman patriarki yang mengatakan adalah mustahil untuk jatuh cinta kepada seseorang selepas kali pertama melakukan hubungan seks (ataupun dalam eufemisme rakan-rakan aku disebut sebagai "ok". Bukan O.K., tapi "ok". Sama cara kamu menyebut "ngok" ataupun "lalok"). Living proof of this, tak lain tak bukan, aku.

Malas mahu fikir. Makan dulu, moral kemudian. Carpe diem. Apa mahu jadi, jadi. Ini adalah secara kasarnya falsafah hidup aku sepanjang tahun 2008. Aku bebaskan diri aku dari cengkaman intoksikasi narkotik kasual. Bila aku bebas, aku mahu isi semula kekosongan yang wujud. Ini perkara biasa. Lumrah yang sudah menjadi klise.


Dia muncul pada pintu bila aku buka mata dari tidur yang nyenyak. Aku panggil, dia datang bergolek, literally. Aku ok (bukan "O.K."). Aku jatuh cinta. Cinta lebih senang jatuh daripada epal-epal si Newton. Aku tak sangka aku akan tergolong dalam golongan manusia yang akan terkata ('ter' bukan 'ber') "I fucking love you," bukannya "I love fucking you."


Tapi aku ter-tergolong dalam golongan itu. Orgasm is the best way to meet people.

Aku akan cuba apa-apa pun sekurang-kurangnya sekali. Jadi aku cuba menyelinap masuk ke dalam dunia yang begitu asing bagi aku. Dunia yang datang sekali secara package kepada satu tubuh muda dan hati yang baru. Dunia hoi polloi yang selama ini aku perlekehkan. Tiada apa-apa persamaan pun antara kami. Freud pernah cuba berteori tentang ini. Barangkali aku tercabar untuk buat eksperimentasi ke atas pendirian aku. Barangkali aku kesepian. Barangkali juga, aku horny. Aku lalui juga pengalaman tiga, empat bulan itu. Berlakon sebagai seorang lain.

Manusia seperti aku, yang tak pernah puas, yang sentiasa memburu pengalaman-pengalaman baru, diserabuti inertia eksistensialis, antisosial, complicated, tak reti iron baju, tak reti sikat rambut, berbaju saiz S atau M, bagaimana? Faham-faham sudah. Malas mahu fikir. Take me as I am. Kalau kamu rasa aku betul-betul worth your time, sabarlah girl/boy. The time will come. Cuma tak tahu bila. 5 bulan? 5 tahun? 50 tahun?

I would do anything for love, but I won't do that. And that. That, too. Oh, also that, that, that, that and those.

Kamu tak sabar. Barangkali memang kamu tak pernah berniat untuk sabar?

Barang yang lepas jangan dikenang. Cinta tak boleh dipaksa, dia datang sendiri secara mutual. Yang susah hanyalah untuk mengekalkan keseimbangan. Pesanan untuk diri sendiri.

Aku tak mahu sandarkan percintaan aku dengan kehendak-kehendak dunia yang terlalu absurd bagi aku. Kalau aku mahu jadi seperti manusia-manusia yang kamu jadikan contoh baik, biar aku sendiri yang tentukan bila atau bagaimana. Bukannya kamu, bukannya ibubapa kamu, bukannya masyarakat kamu, bukannya kerajaan kamu. Contoh-contoh baik kamu bukannya betul-betul bahagia lagipun. Nampak bahagia pun sebab terlebih makan.


Screw you, sweety.

Oh, I think I already did.


Cinta itu datang secara perlahan-lahan. Aku ekshibitkan kisah perkenalan yang memakan masa dua tahun. Admirasi mutual sesama kami. Kali pertama bertentang mata, kata hati aku, one day I'll kiss you. Hari itu datang selepas dua tahun silih berganti.

Tapi tak semudah itu.

Bila kamu tahu dia tak mungkin terima kamu, jangan rungsing sangat. Nisbah kompatibiliti sesebuah pasangan adalah satu dalam enam bilion (hetero mahupun homo). Dunia ini luas. Terima hakikat itu dan teruskan kehidupan. Cuma tinggalkan pesanan (HANYA jika kamu serius menyukai ataupun menyintai si dia) yang kamu akan "sentiasa berada di sisimu bila setiap lelaki jahat di dunia ini telah menghancurkan hatimu". Teguk botol-botol Stella-Artois yang tiba-tiba terasa pahit . Expect nothing.

Yeah right. Dalam masa seminggu, kami jatuh cinta. Tegukan botol menjadi semanis madu (Carl Jung, kamu seorang genius!). Muka aku ceria untuk tempoh beberapa bulan lagi untuk tahun fiskal 2008.

Tapi, seperti biasa, it didn't work out.
Aku terima dengan hati terbuka semua ini. Ini barang tarak tentu. Mungkin kita boleh cuba lagi? Aku tak tahu. Biarkan masa dan ruang yang tentukan. Bukankah cinta itu, menurut Marcel Proust, adalah masa dan ruang yang diukur dengan hati?


Barang yang lepas jangan dikenang. Pesanan untuk diri sendiri.Tapi tak mengapa. Hati aku sentiasa skinny. Jangan risau. Masih boleh lagi buat pengukuran. Cuma untuk tahun ini, aku sudah hantar pengukur untuk buat kalibrasi. Tahun depan baru boleh guna semula. Kalau ia tak rosak pada parti sambutan tahun baru.Kan aku dah kata, "ini barang tarak tentu."


*****

Kembali ke awl tahun 2007:

Kata doktor: "Ujian anti-nuclear antibody show good results."

Aku tanya diri aku dalam hati: "Nuclear apa?!

""Unfortunately," dia sambung, "kami tak dapat buat biopsi sebab tak nampak lesion tu melalui bronchoscope

."Aku tanya lagi diri aku, "apa?

""Which is a good sign," dia tambah, "sebab it shows that it is localised in the lung. Belum ada invasion."Aku fikir dalam hati, "invasion?"Aku buat-buat pandai. Bukannya susah pun istilah-istilah ni semua. Aku dah habis tengok House. Season one, two dan juga three. Grey's anatomy pun aku dah khatam. Lagipun sebagai seorang yang menghargai aspek perubatan terutamanya dalam bidang narkotik, aku harus tahu segala benda ini.

"So what's the next step? Biopsy?

""Ya," doktor jawab, "the next step is to do tissue biopsy. Kami rancang nak buat biopsi melalui CT guided.

""CT what?""

This means," dia terangkan lagi, "kami akan ambil sikit sampel of the growth by inserting a needle or other tools through the skin under CT guidance.


""Oh," aku angguk. Muka masih kawal riak kebijaksanaan. "So when could all this be done?

""As soon as the consultant make the necessary arrangements," dia jawab. "At the same setting nanti mereka akan terus buat CT staging. Looking at the way things are going now, the consultant will try to push this thing as soon as possible because if the growth is localised, there's a good chance to do resection.

""To do what?" aku tanya dengan serius. Sama serius dengan dialog drama TV Jalaludin Hassan.


"Surgery," dia jawab.


Oh," aku angguk kepala buat-buat faham.

"Treatment-wise, don't worry. We'll discuss that after all the results are out at the mean time I'll prescribe you with more pills, as you wish to skip and stop the treatments." dia kata lagi.

"Oh," aku angguk lagi.

"Another thing," doktor tambah. "You look depressed.

""Of course I'd be depressed," aku cantas, "I'm sick!"

"Bukan pasal tu.


" "Habis tu?"

Dia diam, tak menjawab.

3 comments:

Anonymous said...

sUke bce blOg dia..
cGt syOk..
hUhu..
;D..

lUv ya...

Anonymous said...

Andy u sakit k?

Anonymous said...

thee.love to read all ur blogs. thisw one is one of my fvrte.!
keep it up dear =P