Sunday, March 30, 2008

Semalam itu Hangat.

Aku rasa dah lima belas minit aku diamkan diri. Jari pun berhenti kaku. Otak ini beku. Kalau aku teruskan menaip blog ini, jari aku akan mula menipu. Aku tak nak macam tu. Aku sebenarnya tak ada mood langsung nak menulis. Sumpah.

Aku benci orang tau pasal diri aku. Sumpah.

Tapi, aku rasa gembira bila orang baca tulisan aku. Orang kata mereka gembira membaca blog ini.

Sumpah, aku pun gembira.

Tapi hari ini aku betul-betul tak ada mood. Sumpah.

Panaskan api hingga tahap lebur. Kemudian masukkan besi-besi buruk itu ke dalam bekas dan leburkan di bawah api itu, tunggu sampai semuanya cair. Bila besi-besi itu cair dan berubah warna menjadi merah seakan lava volcano, cepat-cepat tuangkan cecair besi itu masuk ke dalam acuan berbentuk hati, dan biarkannya membeku dengan sendirinya.

Kemudian belah dadamu, dan tukar hati besi itu dengan hati asalmu.

Hari ini kosong.
Dan kekosongan itu menyelubungi aku, macam hantu polong yang tak mahu pergi bila diusir oleh bomoh atau pawang.

Mungkin semua ini adalah halusinasi minda, produk bila terlalu lama dipendam dan disimpan, yang terbenam dalam perangkap pasir jerlus buatan sendiri atau ini hanya permainan lama si Lucifer Jahanam bersama anak-anaknya yang sentiasa mahukan aku menjadi orang yang sebaliknya; seorang lelaki pencemburu dan pendendam.

Hanya kerana satu alasan:
Memikirkan kau sudah punya berpunya. Membayangkan apa yang sedang kau lakukan, mungkin sedang berpelukan mesra dengan pasanganmu dan kau kelihatan gembira tanpa aku.

Aku hanya boleh mengetap bibir dan menahan marah.Tapi suhu hati aku melebihi seribu darjah celcius.

Kau orang pening bebelan aku? Kepala berpinar?Pergi telan panadol, uphamol, ubat KK, vitamin C, panadol Menstrual dan Durmaine.

Tak hilang pening tak apa, aku pun akan berhenti menulis. Pekerjaan baru akan mendatang.aku sibuk. Mungkin tiada lagi blog dari aku.

Oh ye, aku sudah semak dan mencari maksud random dalam bahasa Melayu. Menurut kamus elektronik di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, random adalah adj rawak, rambang.

Sehubungan dengan itu, tiga perkara rambang yang aku benci:
Pertama, orang yang tidak menghargai aku. Ini semua tunggu masa sahaja untuk dibakar oleh aku di Neraka.

Kedua, orang yang online tapi appear offline. Kau taknak chat dengan aku, ah fakyu la weh.

Ketiga, ini trend terkini. Orang yang suka memplastikkan muka sendiri. Dalam erti lain memphotoshopkan muka sendiri. Kau kalau dah buruk, touch up touch up pun tetap buruk, faham? Awek photoshop dikecualikan. LOL.

Ah, ni kata-kata emosi. Jangan ambil hati ya.

1 comment:

Unknown said...

pic sunset aku yg edit ok!!tgk2 tag viceroy ade ag!!haha..ske..pic tuh dlu wat ngn pnuh kasih syg...hahaha...adeyh...pnjg tul blog dia...tak lrt nk bce...heheh..bce kdg tk phm..hehehe...tp ske..sbb leh taw sal dia.....