Sunday, March 16, 2008

Pilihanraya.

"ANDY, what do you think of general elections? Samy Vellu hotness dah tewas. Write something on you blog lah!" - Wanita Satu

"Dude, actually, aku gembira PAS tawan Shah Alam. Aku harap lepas ni diorang kasi bukak disko!" - Lelaki Jimba

DAP tawan skudai! aku suka!

Aku tidak mahu membentangkan di sini tentang apa agaknya punca-punca kemerosotan BN dalam PRU 12 ini. Berpuluh-puluh pensyarah, profesor, penganalisis, pakar dan entah apa lagi jemputan sudah dijemput ke program-program forum di TV untuk membincangkan apa agaknya penyebab Pak Lah dan BN tersungkur. Berpuluh-puluh artikel, rencana, wacana dan entah apa lagi sudah tertulis di dada akhbar tentang apa sial agaknya yang membuatkan sebahagian rakyat Malaysia menolak kepimpinan Islam Hadhari.

Satu tip dari aku untuk pihak pembangkang (BN) di lima buah negeri supaya boleh menang pada pilihanraya umum akan datang:

Suruh orang-orang Melayu undi SMS.

Mesti menang.

Sudah, sudah. Aku malas cerita tentang pilihanraya lagi. Barang yang lepas jangan dikenang. Kecuali banner Dato’ Seri Shahrizad sepanjang jalan ke Bangsar. Ada yang tunjuk gambar dia peluk orang tua yang sedang menangis, ada yang tunjuk dia sedang cium bayi.

Sekarang patut ditukar. Orang tua dan bayi itu yang pujuk Dato’ Seri.

Okay, I swear, that’s my last joke on the erection, maksud aku, elections. Aku pasti seluruh blogosfera akan bercerita tentang "kemenangan" BN kali ini. Aku ada banyak benda lain yang aku mahu cerita.

Akan tiba satu hari di mana aku akan gelisah sepanjang hari. Gelisah mengadap komputer cuba untuk menulis apa-apa anekdot tentang beberapa ketika dalam sejarah perjalanan hidup aku yang sudah macam terlalu panjang.

Gelisah memerah otak, mencari saki-baki kenangan untuk aku coretkan bersama sisa-sisa kreativiti yang masih terpakuk di kepala. Gelisah yang tiada henti. Pada hari itu, aku tidak akan dapat menulis apa-apa pun.

People make better art under fascism, because their ass is on the wall, kata pujangga. Well, my ass is currently not on the wall. Aku sedang duduk selesa. Dengan ini, art aku juga sedang melalui fasa mediocrity. It’s inevitable.

Aku sedar.

That day is today. Dan mungkin juga berpanjangan untuk beberapa hari lagi. Mungkin minggu, mungkin bulan. Oleh sebab itu, maaf jika kau semua merindui penulisan aku.

Semalam:

Aku sudah bersedia. Sudah mandi. Sudah buat warm-up ringan dalam bilik air.

Aku mahu berjalan santai keliling rumah. Kemudian daki bukit, ibarat Sisyphus menolak batu di Neraka, cuma batu yang aku tolak adalah diri aku sendiri yang sudah semakin berat.


Aku mahu berlari hingga ke puncak.

Aku mahu pahatkan nama aku di puncak. "I fucking made it! Sign, ANDY."

Kemudian aku mahu terbang seperti Icarus. Terbang ke dapur cari air.

Air sudah aku masak dan sejukkan dalam peti ais.

Yes. I’m fucking ready.

Tapi cuaca tiba-tiba mendung. Angin tiba-tiba kuat. Guruh petir tiba-tiba kedengaran. Dan Bumi tiba-tiba kebasahan.

Mother Nature, you’re a bitch. I hate you

4 comments:

Futuristics said...

NICE Blog :)

siti said...

hurm..do ur best..alwiz wif u

Anonymous said...

benci sape?

siti said...

nice la pic tuh..jadik model pe dear??heheh