cerita kosong.
Aku tengok muka Uncle Hassan, penat. Peluh-peluh dekat muka dia.Kesian. Tapi masih mampu tersenyum dan bersungguh-sungguh bersembang dengan Mama aku.
"Andy, can you help me walk Verka home? "
Aku mengangguk. Aku tengok budak tu. Dia pun tengok aku.
"Ok" aku jawab.
Anak dia pun ikut aku. Sambil berjalan aku usha nama tag tersemat pada baju sekolahnya. "Verka Shemeri"
Muka aku berubah pelik.
"My mum is Vietnamese" jawabnya seakan akan dapat membaca fikiranku.
"How old are you" tanya aku.
"Eight""
Kenapa tak balik, jalan sendiri je?" Aku tanya lagi. Dia senyap.
"When I was your age," aku cerita pada dia, "I walked 5 miles everyday to school. And I had to walk through jungles.
"Itu tak betul. Aku saja tipu dia. Sebenarnya tiap-tiap hari ada orang amik aku hantar pegi sekolah. Saja kasi dia semangat sikit.
Dia pandang aku, lepas tu dia kata: "I live in the city, you're a kampung boy.
"Aku senyum. "How do you know I'm a kampung boy?" aku tanya.
"You look like one" dia kata.
Cis!!!
Ingat dude, kan aku dah kata, imej itu penting.
Kalau setakat pakai t-shirt Giordano plain black, sama selipar putih Padini, belum cukup untuk jadi pemuda harapan Bangsa, yang prihatin, berwawasan, hafal rukun negara, mengikut prinsip Majulah Sukan untuk Negara, penyokong Islam Hadhari, pengundi Barisan Nasional, Belia Benci Dadah, penyokong Mawi, penghantar SMS On Kawan, On Cinta, On Bosan, atau ketik REG spaci nama anda dan hantar kpd number Andy.Rakan-rakan, mari ramai-ramai angkat tangan kanan, lambai ;)Ini blog terakhir, buat masa ini.
No comments:
Post a Comment