Sunyi...
Oleh kerana rumah ni dah senyap sunyi, aku buat-buat bunyi pelik dengan mulut dalam percubaan memeriahkan suasana.
Sememangnya satu percubaan yang gagal, kerana rumah ini masih terasa senyap dan sunyi.
Bunyi mulut, bunyi headphone, mahupun bunyi speaker dengan subwoofer sekalipun, tak sama dengan bunyi benda hidup yang bergelak ketawa. Bunyi benda hidup yang bergelak ketawa lebih menjengkelkan.
Sekurang-kurangnya sunyi itu tidak menjengkelkan.
*****
Penghujung tahun dahulu, aku ada buat posting tentang azam yang membara untuk berubah menjadi karektor baru yang hanya dikenali sebagai:
"Pria Simulacrum: Penyelamat dunia digital abad ke dua puluh satu" atau dalam bahasa mudah "Pemuda Harapan Bangsa".
Tapi sungguh menyedihkan, sebab aku gagal 2 per 5 dari azam itu.
Tapi menilai dari time frame awal tahun 2008 hingga kini, aku rasa aku boleh bangkit dari kegagalan itu.
Bangkit macam kuih bangkit.
Jangan ketawa. Ini bukan metafora.
Dan apa yang sedang aku buat dua hari lepas:
Aku sedang menyental jubin tandas dengan berus berwarna coklat. Dan apa yang sedang aku buat? Aku sedang membasahkan kain lap untuk mengelap jubin tandas. Sudahkah aku cakap,
I'm a new man?
No comments:
Post a Comment