Tuesday, February 12, 2008

Mimpi...

Amaran: Ini cerita bosan. Rambang. Bila mata tidak boleh dipejam, tubuh lesu keletihan tetapi jari masih mahu menaip.
Spekulasi Pra-Valentina untuk tahun ini ialah:

Kosong. Tiada apa-apa. Sama seperti tahun-tahun yang sudah, yang berakhir dengan kekosongan, barangkali.

Dan muzik pilihan yang menjadi soundtrack hidup aku untuk waktu-waktu begini ialah:
1. How sad; The Addicts
2. Girlfriend in coma; The Smiths
3. My girlfriend's dead; The Vandals.

Setiap tahun menjelang Valentina, aku akan terasa begini. Sifat anti-sosial dan nihilistik kian menebal dan emosi kekecewaan akan membuak-buak tanpa disuruh.

Tadi malam aku terima sms dari seseorang. Seseorang yang cuba aku tawarkan hati skinny ini.

"... sometime you make me can't even breathe, i need my space. dont you think its too rushing?

"Sigh, there goes my valentine, getus aku.

Hey cupid, kalau aku bertemu kau, tahulah nasibmu. Aku ajar kau cukup-cukup.

*****

Aku bangun terkebil-kebil.

Aku bermimpi aku berjalan di satu ruangan kosong tanpa dimensi.

Sedang aku terpinga-pinga mencari arah mana yang harus aku tuju, tiba-tiba muncul sebuah ambulans dan melanggar aku dari belakang.

Aku terpelanting jauh ke dalam satu lagi ruang yang hanya ada satu cahaya spotlight menyuluh muka aku.

Disekeliling aku semuanya gelap.Mata aku pejam celik. Aku kira satu hingga sepuluh.

Kemudian aku tarik nafas, perlahan-lahan. Aku terbatuk sedikit, keluar segumpal darah dari mulut aku.

Aku ketawa kerana aku masih hidup.

Lalu aku bangun dan duduk bersila. Aku nyalakan sebatang rokok.

Kemudian aku terdengar suara seorang gadis berdehem di sebelah kananku. Dia memperkenalkan dirinya dan bersalaman dengan aku.

Sambil tangan aku digenggam erat, dia berkata "Hey, namaku Izrael dan aku mahu menjadi teman setiamu. Kau mahu?

Aku senyum dan berjenaka dengannya yang nama Izrael itu, adalah milik malaikat pencabut nyawa terus namanya itu tidak boleh dipakai sebarangan.

Dia senyum dan menyeringai.Kemudian aku terjaga dan terpinga.

Pelik-pelik mimpi aku sekarang.

2 comments:

siti said...

hurm...ape la dia ni...nk taw..blog ni ah wt org rse nymph kt dia

Anonymous said...

cupid?